Menyesal Kembali Terlalu Awal Ke Real, Odegaard Desak Dipinjam Semula Ke Sociedad

Martin Odegaard Real Madrid

Martin Odegaard dilaporkan tidak gembira dengan peranannya di Real Madrid dan mahu kembali menyertai Real Sociedad secara pinjaman bagi mendapatkan minit permainan yang lebih banyak.

Menurut laporan media Sepanyol, Sociedad juga berminat untuk sekali lagi meminjamnya dan hanya menunggu persetujuan dari Real untuk melengkapkan perpindahan tersebut.

Musim lepas sinar Odegaard begitu menyerlah sepanjang dipinjamkan ke kelab tersebut dengan beraksi 36 perlawanan dalam semua pertandingan dan merekodkan tujuh gol serta sembilan bantuan jaringan.

Namun musim ini selepas kembali ke Real, beliau hanya beraksi selama 367 minit sahaja dalam sembilan perlawanan dan gagal menjaringkan sebarang gol mahupun mencipta bantuan jaringan.

Beberapa kelab Eropah juga telah menyatakan hasrat untuk mendapatkan pemain tengah berusia 22 tahun berkenaan seperti Ajax dan Borussia Dortmund yang dianggap sebagai destinasi yang baik untuk pembangunan pemain muda.

Begitu juga dengan Arsenal yang kini sedang giat melakukan pencarian untuk mendapatkan seorang pemain kreatif setelah mereka melepaskan Mesut Ozil baru-baru ini.

https://twitter.com/GurjitAFC/status/1352243418529992704?s=20

Walaupun Zinedine Zidane sebelum ini pernah mengatakan pemain tengah Norway itu akan mendapat peluang untuk memberi sumbangan besar kepada pasukan, namun sehingga hari ini tiada tanda-tanda beliau dapat bermain lebih kerap.

Walaupun jurulatih warga Perancis itu tidak mahu ada pemain yang meninggalkan kelab pada Januari ini, namun Odegaard bertegas demi kelangsungan dan pembangunan kariernya walaupun terpaksa dipinjamkan buat kali keempat sejak tiba di Santiago Bernabeu pada 2015.

Sebelum ini Luka Modric selaku pemain berpengalaman ‘mencabar’ pemain muda itu supaya bekerja lebih keras bagi memenangi hati Zidane dan sekaligus dapat merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Sebelum ini beberapa pakar telah menasihatkan Odegaard agar tidak kembali terlalu awal ke Real dan terus menyambung khidmatnya bersama Sociedad untuk satu musim lagi.

Meskipun telah membuktikan beliau sememangnya layak untuk bersama skuad The Los Blancos, tetapi jelas beliau pastinya sukar untuk mengetepikan beberapa ‘pemain kegemaran’ Zidane seperti Luka Modic, Federico Valverde, Toni Kroos mahupun Isco.

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Martin Odegaard dan Real Madrid:

Modric Cabar Odegaard Rebut Tempat Kesebelasan Utama Real Madrid

Staf Kejurulatihan Real Sociedad Kagum Dengan Disiplin dan Tahap Kecergasan Odegaard

Ketahui 5 Dosa-Dosa Zinedine Zidane Kepada Real Madrid Punca Beliau Harus Dipecat

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN