Ferdinand: Biarkan Pogba Pergi, Man Utd Perlu Dapatkan Jack Grealish

Jack Grealish

Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand mengakui beliau langsung tidak kisah sekiranya bintang tengah, Paul Pogba ingin meninggalkan kelab tersebut pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Namun, dalam masa yang sama beliau mahu Manchester United supaya melakukan apa sahaja bagi membawa masuk ketua pasukan Aston Villa, Jack Grealish ke Old Trafford bagi mengisi kekosongan tersebut.

Masa depan Pogba di Manchester United masih samar-samar selepas ejennya, Mino Raiola membuat pendedahan bahawa pemain kelahiran Perancis itu berpeluang untuk meninggalkan The Red Devils pada musim panas nanti.

Sehubungan dengan itu, Ferdinand melihat tiada masalah buat Manchester United untuk kehilangan khidmat Pogba buat kali kedua tetapi perlu digantikan dengan Grealish.

”Saya tidak peduli jika Pogba pergi atau tidak, Grealish adalah pilihan utama saya,” ujar Ferdinand menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Saya mengenalinya sejak dia masih lagi remaja. Dia datang ke restoran saya dan memberikan dia dan bapanya beberapa keping tiket untuk menonton perlawanan.”

”Dia merupakan seorang anak yang hebat dari keluarga yang juga hebat. Dia begitu mencintai bola sepak.”

”Apa yang membezakannya dengan pemain muda yang lain ialah rasa keinginannya untuk menang dan bekerja keras, fokus terhadap setiap perkara serta cara dia berlatih.”

”Saya sering mendengar orang ramai mengatakan dia seorang pemain yang rajin dalam semua kerja dilakukannya sehingga menjadikannya seperti hari ini. Anda boleh melihatnya pada setiap minggu.”

”Sekiranya saya merupakan pengurus pasukan tangga teratas di England, ketiga atau keempat teratas, saya tidak akan membiarkannya kekal di sana [Aston Villa], saya akan pergi dan mendapatkannya,” tambah Ferdinand lagi.

Beraksi sepenuh masa pada kesemua 15 perlawanan liga yang dilalui Aston Villa, Grealish telah menjaringkan lima gol dan mencipta sembilan bantuan jaringan. Satu pencapaian yang cukup meyakinan daripada pemain kelahiran Birmingham ini.

Kredit featured image: Ash Donelon/Manchester United via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Grealish:

Semua Orang Nak Jack Grealish Main Selepas Dia Punca Liverpool Kalah

Semua Orang Nak Jack Grealish Main Selepas Dia Punca Liverpool Kalah

Ashley Cole: Jack Grealish Miliki Kualiti Mirip Eden Hazard

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN