Ashley Cole: Jack Grealish Miliki Kualiti Mirip Eden Hazard

Jack Grealish

Meskipun England tewas di tangan Belgium pada aksi UEFA Nations League tempoh hari, aksi bertenaga yang ditampilkan pemain tengah, Jack Grealish pada perlawanan tersebut nyata mencuri tumpuan bekas pemain Arsenal dan Chelsea, Ashley Cole.

Cole beranggapan kualiti hebat dipamerkan oleh pemain berusia 25 tahun itu mirip bekas rakan sepasukannya ketika bersama Chelsea, Eden Hazard yang kini melebarkan kariernya di Sepanyol dengan menyarung jersi kelab gergasi, Real Madrid.

Grealish yang turut menikmati kecemerlangan prestasi bersama Aston Villa dalam saingan domestik pada musim ini pantas membalas kepercayaan diberikan pengendali skuad The Three Lions, Gareth Southgate dengan persembahan cukup membanggakan.

Sehubungan dengan itu, Cole jelas tertarik dengan aksi yang telah ditampilkan Grealish dalam mengemudi jentera tengah England.

”Grealish berusaha keras untuk menunjukkan prestasi terbaiknya. Apabila anda bercakap tentang ‘ahli silap mata’ yang mana boleh memberikan kemenangan kepada pasukan anda, dia adalah salah seorangnya,” ujar Ashley Cole menurut laporan Goal.

”Grealish seharusnya di bawa ke saingan Euro sekiranya dia terus menampilkan kualiti yang seperti dipamerkannya pada ketika ini.”

”Dia mempunyai kualiti yang mirip seperti Hazard, dia boleh melepasi kawalan pemain di sebelah kiri dan kanan sekali gus membuatkan para pemain lawan mengasarinya bagi membolehkan Mason [Mount] dan Harry [Kane] untuk mengambil sepakan percuma.”

”Dia boleh memberikan mata [kemenangan] buat pasukan England,” tambah Cole lagi.

Selepas mengharungi tujuh aksi Liga Perdana Inggeris musim ini, Grealish yang beraksi sepenuh masa pada setiap perlawanan berjaya menjaringkan empat gol dan mencipta enam bantuan jaringan.

Kredit featured image: Dean Mouhtaropoulos/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Jack Grealish:

Semua Orang Nak Jack Grealish Main Selepas Dia Punca Liverpool Kalah

Agbonlahor: Jack Grealish Mengingatkan Saya Kepada Iniesta

Jack Grealish: Wakili England Dapat Bantu Saya Capai Tahap Lebih Tinggi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN