Aidil Sharin Idam Permulaan Baik Liga M 2021, Mahu Saingi JDT

Aidil Sharin

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak mengimpikan pasukannya dapat memulakan saingan Liga Malaysia (Liga M) 2021 dengan harapan mampu menyaingi Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Februari tahun hadapan.

Malaysian Football League (MFL) hari ini telah mengumumkan kalendar Liga Malaysia 2021 yang menyaksikan Piala Sultan Haji Ahmad Shah bakal berlangsung pada 26 Februari 2021 di antara JDT dan Kedah.

Jelas Aidil, pertembungan buat kali keempat antara dua gergasi bola sepak tempatan itu diharap mampu memihak kepada Kedah selepas kali terakhir mereka menjuarai saingan itu pada tahun 2017 selepas menewaskan lawan sama menerusi penentuan penalti.

Meskipun masih terlalu awal meletakkan harapan tinggi kepada perlawanan itu nanti, tetapi beliau tidak menafikan sudah menjadi impian setiap pasukan untuk cuba menewaskan pasukan hebat seperti JDT dan bakal bertembung sekali lagi pada tahun hadapan dalam saingan tersebut memberi seribu satu harapan buat Aidil dan pasukan untuk bersedia dengan lebih baik.

“Melihat kepada kalendar yang dikeluarkan oleh MFL tadi, saya tengok kita ada banyak masa untuk mempersiapkan pasukan dengan lebih baik dan tempoh masa lebih dua bulan ini cukup untuk kita buat persiapan pra musim.

“Macam kita tahu, musim ini memang agak lewat sedikit untuk kita habiskan Liga Malaysia, tetapi dengan kalendar yang sudah keluar awal ketika ini, kita sudah boleh membayangkan sasaran awal khususnya dalam Piala Sultan Haji Ahmad Shah.

“Saya rasa memang impian semua pasukan untuk tewaskan JDT, mereka pun sudah tiga kali memenangi trofi Piala Sultan Haji Ahmad Shah dan apabila sekali lagi Kedah akan menentang mereka, saya rasa sudah tiba masa untuk kita cuba menyaingi JDT.

“Tetapi macam mana pun, bukan kita hanya ingin fokus satu perlawanan itu sahaja, kerana apa yang penting adalah konsistensi selepas perlawanan tersebut untuk Kedah cuba bertahan di kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super 2021”, jelasnya.

Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam mesyuarat kali ke-23 baru-baru ini memutuskan Kedah akan mengisi slot Piala Sultan Haji Ahmad Shah sebagai status naib juara CIMB Liga Super 2020 selepas tiada pemenang Piala FA dan TM Piala Malaysia di mana kedua-dua kejohanan itu terpaksa dibatalkan susulan pandemik Covid-19.

Ketika ini, Aidil mahu barisan pemain mengambil peluang merehatkan fizikal dan minda secukupnya sebelum diberikan tugas untuk mempersiapkan diri daripada aspek kecergasan terlebih dahulu.

“Liga Malaysia 2020 sudah habis, jadi saya mahu pemain-pemain yang ada untuk meneruskan musim 2021 berehatlah sepuas-puasnya dahulu sebelum kita bagi program untuk latihan kecergasan pula.

“Bagusnya kita sudah tahu lebih awal kalendar musim 2021, dan kita boleh menyediakan segala program dengan lebih tersusun untuk mereka ikut segala jadual yang akan disediakan oleh jurulatih kecergasan kita,” jelasnya.

Kredit featured image: Malaysian Football League

Baca artikel lain dari kami mengenai pasukan Kedah:

 

Dikaitkan Berpisah Dengan Kedah, Aidil Sharin Pilih Untuk Kekal

Shakir Hamzah Umum Tinggalkan Kedah, Bakal Kembali Ke S-League?

Baddrol Bakhtiar: Jiwa Saya Masih Di Kedah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN