Mahu Jaga Ibu Bapa Antara Sebab Syahrul Azwari Pilih Kelantan United

Syahrul Azwari

Bekas pemain sayap Kedah, Syahrul Azwari Ibrahim yang mahu mencipta nama bersama Kelantan United pada musim ini selepas bergelut dengan prestasi pada musim lalu memikirkan inilah masa terbaik buatnya untuk berbakti buat kedua ibu bapanya.

Syahrul sebelum ini belum pernah berpeluang untuk menabur bakti bersama pasukan di negeri kelahirannya apabila dipinjamkan daripada pasukan Kelantan untuk beraksi bersama Sarawak pada musim 2016.

Namun pemain berasal dari Tanah Merah, Kelantan ini kemudiannya berhijrah ke selatan bersama pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada tahun 2017 sebelum mengikat kontrak bersama Melaka (2018) dan terakhir bersama Kedah selama dua musim.

Walaubagaimanapun, Syahrul menyifatkan prestasinya masih lagi belum berada di tahap yang memuaskan sepanjang bersama Kedah dan semestinya mengharapkan peluang yang lebih tinggi untuk mendapatkan minit permainan bersama Kelantan United pada musim ini.

Jelasnya, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk kembali berada di samping keluarga di kampung halaman dan peluang diberikan oleh Kelantan United pastinya tidak akan disia-siakan bagi membantu pasukan capai sasaran kedudukan empat terbaik Liga Premier 2021.

“Ada dua faktor kenapa saya pilih Kelantan United di mana pertamanya, adalah faktor keluarga kerana saya memang nak jaga ibu bapa saya di sini.”

“Sebelum ini, selepas tamat persekolahan, memang saya jarang berada di Kelantan, tak selalu dapat jaga mereka, jadi saya rasa inilah masanya untuk saya kembali berada dekat dengan keluarga saya.

“Dan satu lagi, pengurusan Kelantan United yang membuatkan saya percaya mereka sememangnya sentiasa membantu pemain-pemain termasuklah saya, dan melihat kepada pelan jangka masa panjang mereka, saya tahu saya boleh melakukan yang terbaik untuk pasukan ini.

“Sekarang, saya hanya perlukan semangat daripada keluarga saya sahaja dan semangat kenegerian saya di sini masih tinggi, jadi harapnya musim 2021 akan lebih baik untuk saya”, katanya.

Selain Syahrul, bekas pemain Kelantan iaitu Fitri Omar dan Mohd Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya antara yang terbaharu diikat oleh skuad kendalian Akira Higashiyama ini.

Nyata, pemain berusia 28 tahun ini melahirkan rasa teruja untuk bergandingan bersama dua pemain yang pernah menaikkan pasukan Kelantan suatu ketika dahulu selain turut mengharapkan aura penyokong negeri Che Siti Wan Kembang ini kembali mewarnai setiap perlawanan pada musim ini.

“Saya rasa bertuah sebenarnya dapat satu pasukan dengan pemain-pemain yang kita tahu sinonim dengan Kelantan macam Piya dan Fitri, jadi saya harap pengalaman mereka dapat juga bantu kami semua di Kelantan United.

“Yang penting, sokongan daripada penyokong amat saya harapkan di mana kita tahu ada dua pasukan iaitu Kelantan dan Kelantan United di sini, jadi tak kisah pasukan mana pun, harap ia tidak akan berbelah bahagi untuk menyokong kami semua”, tambah Syahrul Azwari lagi.

Kelantan United menamatkan saingan Liga Premier 2020 di tangga ke 8 dan telah memenangi 4 perlawanan daripada 11 perlawanan secara keseluruhan.

Selain Syahrul, Piya dan Fitri, juara Liga M3 musim 2019 itu juga berjaya mengikat bekas pemain Kashima Antlers dan skuad kebangsaan Jepun, Masashi Motoyama.

Kredit featured image: Kelantan United Football Club

Baca artikel lain dari kami mengenai Kelantan United FC:

‘Kembar’ Mohamed Salah Jalani Sesi Percubaan Bersama Kelantan United

Kelantan United Lulus Sijil Pelesenan Kelab FAM

Kelantan United Tak Terdesak Dapatkan Pemain Bintang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN