Piala Malaysia: Richmond Ankrah ‘Buah Catur’ Penting Cheng Hoe?

Selangor FC Tan Cheng Hoe Richmond Ankrah Piala Malaysia 2022

Kehilangan bek tengah, Yazan Al-Arab untuk final berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) menyaksikan Tan Cheng Hoe memberi peluang kepada pemain muda kelahiran Ghana, Richmond Ankrah sebagai penggantinya.

Ini telah didedahkan sendiri oleh pengendali Selangor FC itu dalam sidang media menjelang aksi pentas final Piala Malaysia 2022, pada malam nanti.

Richmond bukanlah watak asing dalam skuad ‘The Red Giants’ apabila sudah lima kali tampil di Liga Super dan dua kali di Piala Malaysia.

Menariknya, beliau sudah berhasil mencetak satu gol dalam penampilan terhadnya di kejohanan yang tertua di Asia itu – 121 minit permainan.

Yazan akan menjalani penggantungan akibat layangan kad merah yang diterimanya ketika aksi separuh akhir kedua berdepan Terengganu di Gong Badak pada Isnin lalu. Terengganu menang 1-0, tewas 2-3 secara agregat.

“Ketiadaan Yazan memang satu kehilangan besar dan dia beraksi di bahagian pertahanan dengan Afro (Sharul Nazeem Zulpakar) dengan cukup baik.”

“Namun kita dapat lihat semasa perlawanan separuh akhir pertama berdepan Terengganu, Richmond ada diturunkan dan dia beraksi dengan cemerlang, harap dia boleh galas tanggungjawab untuk perlawanan esok [hari ini].”

Tan Cheng Hoe, MFL

Berdepan skuad serba ampuh seperti JDT, Cheng Hoe yang telah mula mengendalikan Selangor sejak September lalu dilihat memiliki sedikit kelebihan disebabkan mengenali secara dekat kemampuan pemain lawan.

Ini kerana, beliau merupakan bekas pengendali skuad kebangsaan yang majoritinya dibarisi oleh pemain-pemain dari JDT. Kelebihan atau tidak?

Bagi saya, itu bukan satu kelebihan kalau kita lihat pemain JDT yang bersama saya juga tahu cara taktikal permainan yang saya nak serapkan kepada pasukan Selangor,” ungkap Cheng Hoe mengenainya.

Begitupun, beliau menekankan yang beliau memahami kekuatan setiap pemain JDT dan berharap pemainnya akan memberikan yang terbaik.

Kita dapat lihat bagaimana kepintaran Cheng Hoe memusnahkan kekebalan Terengganu FC di separuh akhir pertama Piala Malaysia tempohari.

Kelebihan tiga gol yang dibawa dari Lembah Klang adalah hasil kerja rumah yang mereka lakukan dan praktikkan di dalam padang apabila ketiga-tiga gol mereka dicipta dalam bentuk yang hampir sama – ‘set-pieces’.

Cheng Hoe tampak menghidu kelemahan Sang Penyu terutamanya dari segi ‘Defending Set-play’ dan memanfaatkan untuk kelebihan skuadnya.

Bagaimana percaturannya dalam pentas final pada malam nanti agaknya? Adakah Richmond akan menjadi ‘buah catur’ penting Cheng Hoe?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN