Qatar 2022: Southgate Dihentam Peminat Kerana Membuat Percaturan Yang ‘Merapu’

Para penyokong England bengang dengan percaturan Gareth Southgate yang dianggap sangat mengarut dan tak masuk akal.

Gareth Southgate juga turut dipersalahkan sebagai punca mengapa England gagal untuk menewaskan Amerika Syarikat dalam aksi perlawanan kedua peringkat kumpulan B awal pagi tadi.

The Three Lions masih lagi mendahului carta saingan peringkat kumpulan B walaupun mereka sekadar seri tanpa jaringan bertemu Amerika Syarikat di Al Bayt Stadium pagi tadi.

England bakal layak ke pusingan 16 terbaik andai mereka mampu mengelak tewas lebih dari 4 gol ketika bertemu Wales minggu hadapan.

Gareth Southgate mengekalkan kesebelasan yang sama ketika mereka membelasah Iran 6-2 sebelum ini, namun skuadnya kali ini nampak agak lesu dan tak bermaya.

Dek kerana mereka gagal mencatatkan kemenangan bertemu Amerika Syarikat, maka tidak hairanlah untuk melihat peminat mula mengkritik kesebelasan terbaik pilihan Southgate.

Para peminat mempersoalkan mengapa Southgate memilih untuk menurunkan Mason Mount dalam kesebelasan utamanya bersama Jude Bellingham dan Declan Rice.

Bintang Chelsea itu dikatakan tidak berfungsi dengan baik di bahagian tengah padang dan melihat Phil Foden sekadar berada di bangku simpanan, ia jelas sekali mengundang rasa marah para peminat.

Foden berjaya menjaringkan lapan gol untuk Manchester City musim ini dan para peminat percaya beliau layak untuk berada dalam kesebelasan utama England berbanding Mount.

Bintang berusia 22 tahun itu sendiri juga mengakui yang beliau mahu buktikan sesuatu bersama skuad kebangsaan England andai beliau diberi kesempatan untuk beraksi.

Selepas tamat perlawanan bertemu Amerika Syarikat, para penyokong di media sosial tak henti-henti menghentam Southgate kerana memilih Mount berbanding Foden.

“Southgate punca mengapa skuad England yang dibarisi pemain-pemain berbakat ini tidak akan memenangi apa-apa.”

“Ini merupakan percaturan paling teruk pernah saya saksikan dalam skuad England.”

“Saya masih tertanya-tanya tentang keputusan dia.”

“Saya boleh faham kalau dia nak kekalkan kesebelasan yang sama, tapi cara dia tak gunakan pemain simpanan dengan betul tu betul-betul tak boleh dimaafkan.”

Foden tak diberi kesempatan untuk beraksi dengan Jordan Henderson, Jack Grealish dan Marcus Rashford dimasukkan untuk menggantikan Jude Bellingham, Raheem Sterling dan Bukayo Saka.

Harry Kane ada kesempatan pada aksi babak pertama permainan, namun percubaan beliau digagalkan oleh Walker Zimmerman.

Amerika Syarikat turut berkesempatan untuk memperoleh gol namun percubaan Christian Pulisic sekadar terkena palang gol sahaja.

Pada aksi babak kedua, skuad kendalian Gregg Berhalter itu dilihat lebih dominan dan lebih berpotensi untuk mencatatkan kemenangan.

Walau sekadar seri, namun harus diakui yang England tentu saja tak berada di dalam situasi tertekan pada ketika ini kerana mereka masih mempunyai harapan yang cerah untuk layak.

England cuma perlu pastikan yang mereka tidak akan kalah dengan kekurangan empat gol dalam aksi bertemu Wales untuk layak ke pusingan 16 terbaik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN