Qatar 2022: Southgate Tenang Dalam ‘Ribut’ Amarah Penyokong

percaturan-gareth-southgate-england-vs-malta-penyokong

Diikat tanpa jaringan menentang Amerika Syarikat mungkin sesuatu yang di luar jangkaan Gareth Southgate dan beliau faham akan amarah penyokong.

Turun sebagai pilihan saat menentang skuad serba muda Amerika Syarikat selepas berkenduri gol ke atas Iran, England diramal akan menang mudah.

England menang 6-2 dalam aksi sulung Kumpulan B yang menyaksikan mereka berada di landasan terbaik untuk mengulangi pencapaian edisi lalu.

Di Piala Dunia 2018, England melepasi peringkat kumpulan dengan berada kedudukan kedua selepas meraih enam mata daripada dua kemenangan. Berada di Kumpulan G, ‘The Three Lions’ diletak bersama Belgium, Tunisia dan Panama. Mereka hanya kecundang sekali iaitu kepada Belgium.

Dalam aksi awal pagi tadi, mereka dikatakan bermain seperti tiada ‘pencatur’ jentera kreativiti – permainan dilihat sangat statik, bola lebih banyak dikembalikan ke belakang serta ke tepi.

England gagal untuk merosakkan struktur permainan Amerika Syarikat.

Tandukan tersasar kapten, Harry Kane menjadi satu-satunya percubaan berbahaya mereka ke atas lawan yang tampaknya bermain lebih baik.

Sepanjang perlawanan, Amerika Syarikat mencipta 10 percubaan sementara England hanya separuh daripadanya. Selain itu, sembilan peluang telah dilakar lawan berbanding hanya tiga oleh mereka.

Dan sejarah berdepan ‘The Yanks’ di kejohanan utama sebenarnya tidak pernah memihak kepada mereka. Southgate sejak awal telah memberi gambaran itu. Terdapat dua pertembungan mereka di Piala Dunia – kekalahan 0-1 pada edisi 1950 dan seri 1-1 di Afrika Selatan 2010.

Disebabkan itu, Southgate dilihat masih tenang biarpun pasukannya telah berdepan ejekan daripada penyokong sendiri di Stadium Al-Bayt, di Al-Khor.

England akan mara ke pusingan 16 terbaik jika berjaya mengelak kekalahan besar ke atas Wales dalam aksi terakhir kumpulan pada Selasa depan.

“Sudah tentu saya mahukan penyokong pulang dengan gembira.”

“Saya juga mahukan penyokong kami di rumah tersenyum. Kami gagal melakukannya dalam perlawanan ini. Tetapi, penyokong akan sentiasa memberikan reaksi mereka. Saya tidak boleh biarkan ia mengganggu perasaan saya dan juga bagaimana perasaan pemain saya.”

Gareth Southgate

Dan beliau sekali lagi mengingatkan, objektif mereka adalah untuk layak.

“Objektifnya adalah untuk mara [lepas peringkat kumpulan]. Ada tiga perlawanan untuk melakukannya. Saya rasakan yang majoriti pasukan akan melakukannya selepas melalui tiga aksi.”

“Kami harus kekal tenang dalam kejohanan ini. Kami pernah melalui situasi sebegini sebelum ini. Saya yakin penyokong akan ‘bising’, tetapi ini adalah kejohanan yang akan ada banyak ‘bunyi’ dari luar. Namun, kami masih berada di landasan [untuk mara].”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN