Qatar 2022: Alasan ‘Dungu’ Southgate Tentang Mengapa Foden Tidak Diturunkan

Para peminat terkejut beruk mendengar alasan Gareth Southgate tentang mengapa beliau tidak menurunkan Phil Foden dalam aksi pertemuan bertemu Amerika Syarikat awal pagi tadi.

The Three Lions mempamerkan aksi yang sangat hambar bertemu Amerika Syarikat awal pagi tadi dengan mereka gagal untuk menjaringkan sebarang gol sepanjang perlawanan.

Walau skuad England sedang tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka dalam perlawanan ini, namun Southgate sepertinya tidak merasakan yang skuadnya sedang bermasalah.

Southgate hanya membuat 3 pertukaran sahaja dalam perlawanan ini dan pemilihan pemain yang beliau buat juga sepertinya mengundang pertikaian peminat.

Pengurus skuad kebangsaan England itu membawa masuk Jordan Henderson, Jack Grealish dan Marcus Rashford untuk menggantikan Jude Bellingham, Raheem Sterling dan Bukayo Saka.

Foden sementara itu kekal di bangku simpanan dengan Southgate seolah-olah tak berminat langsung untuk membawanya masuk beraksi.

Walaupun beliau berjaya menjaringkan lapan gol untuk Manchester City sepanjang musim ini, namun sepertinya hal itu tak cukup untuk meyakinkan Southgate supaya menurunkan beliau.

Pemain berusia 22 tahun itu merupakan antara pemain terpenting dalam sistem kendalian Pep Guardiola di Etihad.

Beliau turut cemerlang mencatatkan hat-trick ketika Man City mengaibkan Man United 6-3 pada Oktober lalu.

Southgate walau bagaimanapun mendedahkan yang beliau tidak menurunkan Foden kerana bintang muda itu jarang bermain di Etihad.

Ketika ditanya mengapa pemenang dua kali anugerah PFA Young Player of the Year itu tidak diturunkan, Southgate mendedahkan bahawa:

“Kami fikir ia adalah keputusan yang tepat untuk kami kekalkan skuad yang sama dari permulaan.”

“Pemain sayap, kami pilih Jack dan Marcus berbanding Phil ketika membuat pertukaran. Kami fikir Jack akan imbangkan semula permainan untuk kami dan beri sesuatu kepada kami. Marcus, dia ada kelajuan, kami rasa ia ancaman yang baik untuk kami miliki pada akhir-akhir permainan.”

Southgate kemudiannya menyatakan bahawa:

“Kami tak rasa Phil sesuai untuk beraksi di tengah padang kerana dia tak bermain di situ ketika beraksi di peringkat kelab.”

Foden memulakan kariernya di posisi central midfielder sebelum beralih bermain di posisi sayap.

Menariknya lagi, beliau turut bermain di posisi penyerang tengah pada musim lalu dek kerana Manchester City tidak mempunyai penyerang utama.

Secara keseluruhannya, Foden sudah bermain 130 perlawanan di posisi tengah dan agak mengarut jika Southgate menganggap bintang muda City itu tidak boleh bermain di posisi tersebut.

Para peminat jelas sekali tidak gembira dengan alasan yang diberikan oleh Southgate itu dan menganggap pengurus England itu bercakap tanpa menggunakan otak.

“Southgate satu-satunya pengurus yang langsung tak kenal pemain dia sendiri.”

“Adakah dia sedang bergurau? dia memilih pemain berdasarkan minit permainan? dan lebih teruk lagi dia tak tahu pemain dia boleh bermain di posisi apa?”

“Nahh kita sebenarnya memberikan kunci Bugatti kepada seorang pemandu bas.”

“Saya terkejut kita ada pengurus seperti ini. Dia sangat lawak, itu sahaja boleh saya katakan.”

England sepertinya tiada masalah untuk layak ke pusingan 16 terbaik dengan mereka hanya perlu mengelak tewas 4 gol di tangan Wales nanti.

Amerika Syarikat sementara itu turut berpotensi untuk layak ke pusingan seterusnya andai mereka mampu tewaskan Iran dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN