Philippe Coutinho Tak Perlu Risau, Beliau Berada Dalam Perancangan Koeman

Philippe Coutinho

Berita baik buat Philippe Coutinho apabila beliau kini bakal mempunyai tempat dalam perancangan pengurus baharu Barcelona, Ronald Koeman.

Beliau yang sebelum ini dilihat bakal menemui jalan penamat kepada karier idamanya di Nou Camp kini mempunyai peluang kedua untuk menganjak kembali martabatnya sebagai pemain Barcelona.

Menurut laporan MARCA, Barcelona dilihat tidak mempunyai sebaran perancangan untuk melepaskan Coutinho untuk satu lagi musim pinjaman kepada mana-mana kelab.

Sebaliknya, Koeman mengatakan yang beliau mempunyai perancangan untuk menggunakan Coutinho secara kerap terutamanya dibahagian tengah.

Sebelum ini, beliau banyak digunakan sebagai pemain sayap ketika Ernesto Valverde menjadi pengurus pasukan tersebut dan jelas sekali Coutinho gagal untuk memberikan hasil yang diharapkan.

Beliau membawa diri ke Bayern Munich untuk mencari kembali prestasi gemilangnya dan ianya dapat dilihat yang Coutinho kini semakin memperbaik prestasinya walaupun mungkin tidak capai ke tahap sewaktu beliau di Liverpool.

Coutinho membawa pulang gelaran UEFA Champions League, Bundesliga dan juga DFB-Pokal bersamanya ke Barcelona dikala rakan-rakan sepasukan beliau seperti Lionel Messi, Luis Suarez dan Gerard Pique tidak menikmati sebarang kejuaraan musim ini.

Terdapat beberapa pasukan yang dilihat mahu membawa Countinho keluar dari Barcelona dengan Arsenal menjadi destinasi pilihan. Tetapi dengan apa yang dinyatakan Koeman ini, beliau tidak akan ke mana-mana untuk musim depan.

Inilah peluang terbaik Coutinho untuk menjadikan perpindahan impiannya ke Barcelona satu episod yang indah.

Baca juga artikel kami mengenai Ronald Koeman:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN