Pertemuan Pep Guardiola Dan Marcelo Bielsa Yang Mendorongnya Menjadi Pengurus

Bielsa-and-pep-Guardiola

Boleh diibaratkan sebagai idola, pengurus Manchester City, Pep Guardiola tidak menafikan yang pengurus Leeds, Marcelo Bielsa telah memberikannya inspirasi.

Kedua-duanya pernah bertemu di Argentina sebelum Pep mula menjadi seorang jurulatih dengan menyertai Barcelona B pada 2007. Kini selepas beberapa tahun, kedua-duanya bakal bertembung dalam aksi Premier League pada Sabtu.

Pep terbang ke sana bersama seorang rakan untuk meminta nasihat daripada Bielsa yang ketika itu tidak mengendalikan mana-mana pasukan selepas meninggalkan skuad kebangsaan Argentina pada 2004. Ia pertemuan bersejarah mereka berdua.

“Kami bercerita tentang bola sepak dan juga tentang perkara lain,” ujar Pep mengenai pertemuan tersebut yang dikatakan berlangsung lebih 11 jam dan hasil pertemuan itulah yang akhirnya menggerakkan Pep untuk memulakan karier jurulatihnya.

Kurang setahun kemudian, Pep akhirnya dilantik sebagai pengendali Barcelona B di mana telah menjadi tempat pertamanya membina falsafah bola sepaknya.

“Saya tidak akan pernah lupa betapa baiknya dia terhadap saya dan bagaimana dia berkongsi ilmunya kepada saya yang bukan siapa-siapa dalam dunia pengurusan bola sepak ketika itu,” kenang Pep yang bercakap kepada Sky Sports,

Ini bukanlah pertembungan pertama antara mereka berdua secara rasminya. Mereka pernah berperang di La Liga pada musim 2011/12 ketika Pep masih mengendalikan Barcelona, sementara Bielsa pula melalui musim pertamanya di Atletico Bilbao.

Pep unggul dalam pertembungan antara mereka dengan dua kemenangan dan pertembungan pertama antara kedua-duanya berkesudahan seri 2-2 pada bulan November musim tersebut. Ia juga merupakan musim terakhir Pep di Barcelona.

Pep dilihat lebih beruntung kerana sepanjang kariernya sehingga kini, pelbagai trofi berjaya diraihnya, sementara Bielsa pula hanya berjaya mendapat pingat emas di Sukan Olimpik 2004 pada tahun terakhirnya mengendalikan Argentina.

“Nilai seorang pengurus pasukan bukanlah terletak pada sebanyak mana trofi dan hadiah yang anda menang. Dari segi ilmu dan sebagainya, termasuk mengendalikan sesi latihan, saya masih jauh dibelakangnya,” tegas Pep kepada BBC Sports.

Tambahnya lagi, “Dia mungkin adalah individu yang paling saya kagumi dalam dunia bola sepak – sebagai pengurus dan juga dirinya. Dia sangat hebat mengendalikan pasukan. Dia unik, tiada siapa-siapa mampu menjadi sepertinya, sangat mustahil.”

Dalam pada itu, ini merupakan pertembungan pertama mereka berdua di saingan Premier League apabila Bielsa berjaya membawa Leeds meraih promosi selepas dua musim berada di Elland Road. Siapa akan berjaya dalam perlawanan tersebut?

Leeds ketika ini sudah menang dalam dua perlawanan selepas tewas 3-4 kepada juara liga musim lalu, Liverpool dalam aksi pembukaan. Mereka berada di kedudukan ke-7, sementara Manchester City pula sedikit ke belakang di kedudukan ke-13 liga.

KREDIT FEATURED IMAGE: MIRROR

Baca lagi artikel mengenai Pep Guardiola dan Marcelo Bielsa:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN