‘Pergi Sebagai Legenda’ – Peminat Beremosi Melihat Firmino Ucap Selamat Tinggal Kepada Anfield

Roberto Firmino mengucapkan selamat tinggal kepada Anfield selepas tamat aksi terikat 1-1 Liverpool bertemu Aston Villa malam semalam dan peminat sangat beremosi melihat hal tersebut.

Dengan Aston Villa sudah mendahului 1-0, Klopp memilih untuk memasukkan dua pemain yang akan meninggalkan kelab pada musim panas ini, James Milner dan Roberto Firmino.

Keputusan Klopp itu ternyata membuahkan hasil selepas bintang Brazil itu meledak gol untuk membantu Liverpool mengikat Aston Villa 1-1.

Ia merupakan gol ke-110 Firmino bersama Liverpool dan mungkin juga itu gol terakhir beliau bersama kelab dari Merseyside itu.

Jelas sekali keputusan seri yang menyakitkan untuk Liverpool dek kerana mereka sangat terdesak mahu mengutip tiga mata penuh dalam usaha mahu layak ke saingan Champions League musim hadapan.

Ditambah pula dengan Manchester United berjaya mencatatkan kemenangan menewaskan Bournemouth, maka semakin sukar sebenarnya untuk Liverpool bersaing merebut kedudukan keempat dalam carta saingan liga.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan yang harapan Liverpool untuk layak ke saingan Champions League musim hadapan semakin pudar dan mereka mungkin hanya akan mengakhiri saingan musim ini di kedudukan kelima sahaja.

Walau peminat sedih dan terkilan dengan keputusan tersebut, namun ada hal lain yang sebenarnya membuatkan mereka lebih sedih dan beremosi.

Peminat lebih sedih dan beremosi ketika melihat Roberto Firmino mengucapkan selamat tinggal kepada para penyokong di Anfield selepas tamat perlawanan tersebut.

Ucapan selamat tinggal Firmino yang buat peminat beremosi

Firmino jelas sekali menitiskan air mata selepas tamat perlawanan tersebut dan bukan hanya beliau, bahkan seluruh Anfield turut bersedih pada waktu tersebut.

Beliau dilihat dipeluk dan dipujuk oleh rakan senegaranya, Alisson Becker yang turut memberi kata-kata motivasi kepada pemain penyerang itu.

Selepas tamat perlawanan tersebut, Firmino menghabiskan masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Anfield.

Beliau melambai peminat dengan air matanya tidak henti menitis dan peminat turut menangis melihat tersebut.

Firmino yang menyertai Liverpool pada tahun 2015 lalu itu turut menerima standing ovation dari peminat dengan chanting namanya berkumandang begitu kuat di stadium.

Peminat jelas sekali sangat menyayangi Firmino apa lagi ketika memikirkan yang beliau sebenarnya watak penting ketika membantu kelab menjuarai saingan Champions League, Super Cup, FIFA Club World Cup dan Premier League.

Beliau juga turut berjaya mencipta trio yang paling digeruni di pentas dunia bola sepak bersama Mo Salah dan Sadio Mane.

Kontrak beliau bersama kelab akan tamat pada penghujung musim ini, dan beliau sudah memilih untuk tidak menandatangani kontrak baru bersama kelab.

Masih tidak pasti ke mana destinasi beliau selepas ini, namun satu hal yang pasti beliau tidak akan menyarung jersi The Reds pada musim baharu nanti.

Beliau bakal meninggalkan kelab bersama James Milner, Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain dengan kesemua mereka merupakan antara pemain penting dalam sistem kendalian Jurgen Klopp di Anfield.

Perginya Firmino jelas sekali membuatkan peminat beremosi dan rata-rata penyokong bersetuju bahawa beliau antara legenda terhebat sepanjang zaman kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN