Liverpool Sasar Youssouf Fofana Untuk Perkukuh Jentera Tengah Musim Depan

Kelab gergasi England, Liverpool kini dilaporkan berminat untuk cuba mendapatkan khidmat pemain tengah baharu dari Perancis dalam usaha untuk tampil lebih baik pada musim hadapan.

Pemain yang dimaksudkan itu ialah Youssouf Fofana yang kini sedang menikmati musim terbaik beliau bersama salah satu gergasi Ligue 1, Monaco selaku nadi utama di posisi tengah.

Menurut laporan daripada Sportbible, Fofana berkemungkinan besar akan meninggalkan Monaco untuk memulakan karier baharu bersama kelab berbeza pada musim hadapan.

Musim ini menjadi detik yang terbaik buat Fofana bersama Monaco, selepas beliau menjadi antara pemain utama yang dipilih dalam setiap perlawanan bawah kendalian Philippe Clement.

Fofana juga tampil menyerlah di posisi tengah selepas kebolehan beliau untuk merampas penguasaan bola daripada lawan serta tenang membuat hantaran walaupun dalam situasi tekanan.

Selain itu, pemain kebangsaan Perancis ini juga telah menyumbang dua jaringan bersama dua bantuan gol secara keseluruhan bersama Monaco untuk menunjukkan pemain tersebut aktif di segenap posisi.

Dalam saingan Piala Dunia musim lalu di Qatar, Fofana telah pun beraksi dalam enam daripada tujuh perlawanan bawah kendalian pengurus legenda, Didier Deschamps.

Salah satu aksinya yang paling diingati ramai ketika Fofana membantu Perancis melakar kemenangan mengatasi Maghribi dengan keputusan 2-0 pada aksi separuh akhir untuk mara ke final.

Persembahan cemerlang Fofana bersama kelab dan negara jelas mendapat perhatian banyak kelab untuk cuba mengintai peluang menandatangani pemain tersebut musim depan.

Antara yang menunjukkan rasa serius untuk mendapatkan Fofana ketika ini terarah kepada Liverpool dan Chelsea, selepas dua pasukan tersebut jelas bermasalah di posisi tengah musim ini serta tidak konsisten.

Menerusi laporan terbaharu, Fofana menyatakan beliau tidak menolak sebarang kemungkinan untuk meninggalkan Monaco bagi beraksi bersama ramai lagi pemain terkemuka.

“Monaco merupakan sebuah kelab yang cukup besar di Perancis serta Eropah. Banyak pasukan-pasukan elit hadir ke sini untuk mencari pemain berkualiti dan kami mengetahuinya.

“Jika ini merupakan cara yang betul atau detik terbaik untuk saya keluar, saya sendiri tidak tahu. Tapi, saya sudah pun membuat segalanya dengan cara betul ketika ini.

“Saya sudah pun bermain dengan pemain hebat sebelum ini, tetapi jika suatu hari saya dapat bermain dengan lebih ramai nama-nama besar, ianya pasti menjadi suatu kebanggaan buat diri serta saya sudah pun beraksi dengan baik,” jelas Fofana.

Hubungan antara Liverpool dan Monaco sebenarnya sudah pun terjalin dengan baik sejak beberapa musim lalu selepas The Reds mendapatkan Fabinho daripada pasukan tersebut menerusi nilai perpindahan sebanyak £39.7 juta.

Liverpool cuba untuk terus bekerjasama dengan Monaco selepas itu bagi mendapatkan khidmat Aurelien Tchouameni, namun tidak menjadi kenyataan selepas pemain tersebut berhijrah ke Real Madrid.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN