Perak Sedia Jadi Pasukan Pertama Sekat Kemasukan Penyokong Kasual Di Stadium

Nama bola sepak Perak kini boleh dikatakan sudah tercemar dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), selepas masalah-masalah yang telah dicetuskan sendiri oleh segelintir penyokong mereka di kawasan penonton.

Terbaharu, insiden keganasan membabitkan sesetengah peminat fanatik mereka yang digelar sebagai penyokong kasual tampil untuk terus memburukkan keadaan, selepas membuat kecoh pada aksi Perak menentang Selangor di Ipoh.

Menerusi provokasi dibuat, mereka telah mencetuskan pergaduhan bersama penyokong Selangor sebelum perlawanan dimulakan serta ketika aksi sedang berlangsung dalam stadium sehingga menyebabkan kekecohan besar berlaku.

Disebabkan itu, pengurusan Perak dilaporkan bakal mengambil tindakan seterusnya untuk membendung keganasan tersebut terus berlaku serta menjaga nama baik pasukan.

Antara ditekankan ialah, pengurusan Perak sedia menghalang kemasukan penyokong kasual selepas ini daripada memasuki stadium daripada mencipta masalah yang mencalarkan nama kelab.

Sekiranya ia dilaksanakan, Perak akan menjadi pasukan pertama dalam Malaysia yang menghalang kemasukan penyokong kasual ke stadium pada hari perlawanan.

Jelas Bobie Farid Shamsudin selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak, perkara itu perlu dilakukan dalam usaha mereka untuk membendung budaya samseng bola sepak daripada terus merebak sehinga mencetuskan keharmonian sesama penyokong.

Ketika ini, beliau menyatakan pihak pengurusan kelab akan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mengesan serta menghalang kumpulan ini daripada memasuki stadium pada siri perlawanan akan datang.

“Kita sedia menghalang penyokong yang suka mencetuskan masalah ini daripada memasuki stadium.

“Tetapi apa caranya untuk kita kesan mereka ini daripada membeli dan masuk ke stadium, bukan mudah untuk buat. Sebab kadang-kadang, mereka ini boleh saja minta orang lain belikan tiket.

“Tapi kita akan fikirkan cara untuk tangani isu ini dan saya ingin ucapan terima kasih kepada pihak polis yang berjaya mengawal insiden malam tadi dengan sebaiknya,” katanya menerusi Harian Metro.

Terbaharu, dilaporkan empat orang suspek yang mencetuskan insiden pergaduhan pada aksi Perak menentang Selangor telah pun ditangkap pihak berkuasa.

Pada masa sama, Bobie juga menyatakan pihak mereka sedia menunggu sebarang bentuk hukuman daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengenai insiden tersebut, selepas ianya berlaku di stadium.

“Kita sedia hadapi apa-apa hukuman kerana ia berlaku di stadium kita dan menjadi tanggungjawab kita.

“Saya tak tahu apa bentuk hukuman, sebab isu tahun lepas di Kota Bharu ketika menentang Kelantan FC pun tak selesai lagi,” katanya lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN