Reaksi Pemain Man City Ketika Meraikan Kekalahan Arsenal Bertemu Nottingham Forest

Seluruh kem Manchester City memilih untuk menonton aksi perlawanan antara Arsenal bertemu Nottingham Forest awal pagi tadi secara berjemaah dengan skuad kendalian Pep Guardiola itu jelas sekali sangat berharap agar Gunners akan kehilangan mata dari perlawanan tersebut.

Kekalahan Arsenal bakal membantu Manchester City menjuarai saingan Premier League musim ini dan kerana itulah para pemain The Citizens beramai-ramai menonton perlawanan itu.

Manchester City muncul sebagai Juara saingan Premier League musim ini buat kali ketiga secara berturut-turut.

Walau Arsenal banyak menghabiskan masa berada di puncak saingan Premier League, namun mereka terpaksa akur melepaskan gelaran liga kepada Man City pada hujung-hujung saingan musim ini.

Arsenal kerap keciciran mata pada hujung-hujung saingan musim ini, sementara Man City pula konsisten pamer aksi menakjubkan untuk terus mengutip mata demi mata.

Hujung minggu lalu, selepas kekalahan Arsenal bertemu Brighton, Man City hanya perlukan satu kemenangan sahaja lagi untuk bergelar Juara buat kali ketiga berturut-turut.

Man City dijangka akan mampu memiliki satu kemenangan itu pada hujung minggu ini bertemu Chelsea di Etihad Stadium.

Namun begitu, selepas Arsenal mencatatkan satu lagi kekalahan awal pagi tadi, Man City tidak perlu menunggu lebih lama untuk ditabalkan sebagai juara saingan musim ini.

Arsenal tewas 1-0 di tangan Nottingham Forest dengan Taiwo Awoniyi muncul sebagai penjaring gol untuk pasukan tuan rumah.

Para pemain Man City menonton aksi perlawanan antara Nottingham Forest bertemu Arsenal itu secara berjemaah dan jelas sekali mereka bersorak riang melihat The Gunners tewas dalam perlawanan tersebut.

Tular video di laman media sosial pada ketika ini, yang mana kem Man City bersorak dan berpesta sebaik tamat aksi kekalahan Arsenal bertemu Nottingham Forest itu.

Seluruh kem bersorak dengan para pemain menyanyi sambil menari-nari meraikan kekalahan Arsenal itu.

Melihat hal tersebut, peminat teringat akan peristiwa ketika Leicester City menjuarai saingan Premier League pada tahun 2016 yang lalu di rumah Jamie Vardy.

Memandangkan City sudah sah bergelar Juara, maka Chelsea selepas ini akan terpaksa memberikan guard of honour kepada skuad kendalian Pep Guardiola itu menjelang aksi pertemuan antara mereka malam ini.

Kejayaan Man City menjuarai saingan Premier League musim ini menjadikan mereka sebagai pasukan ketiga untuk mampu bergelar juara sebanyak tiga kali berturut-turut.

Belum ada pasukan di era Premier League ini yang mampu bergelar Juara buat kali keempat secara berturut-turut dan Man City sepertinya sudah bersedia untuk memecahkan rekod itu.

Selain gelaran liga, Man City juga berpotensi untuk menjulang gelaran Piala FA dan Champions League musim ini dengan mereka layak ke aksi perlawanan akhir kedua-dua pertandingan tersebut.

The Citizens akan turun beraksi bertemu Manchester United pada 3 Jun ini di Wembley dan minggu berikutnya, skuad kendalian Pep Guardiola itu akan turun beraksi bertemu Inter Milan di Istanbul untuk aksi perlawanan akhir saingan Champions League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN