Pengarah Teknikal FIFA Marco Van Basten akan memberi gambaran bahawa kepimpinan baru FIFA sangat pro aktif untuk menjadikan bola sepak sebagai sukan yang lebih baik dengan beberapa cadangan.
Sebelum ini mereka mencadangkan agar penalty shoot out ditukar kepada format penalti 8 seconds run. Ini adalah antara cadangan Van Basten.
1. Hadkan jumlah perlawanan pemain
Kemudian, FIFA cuba merombak beberapa peraturan baru termasuk potensi untuk menghadkan seorang pemain hanya bermain 60 perlawanan atau kurang dalam setahun.
Ia untuk memberikan lebih peluang kepada pemain lain terutama sekali pemain muda. Van Basten berkata idea menghadkan jumlah perlawanan ini kerana rungutan beberapa pemain yang beliau temui.
Mereka mengeluh kerana terlalu banyak perlawanan dan tidak cergas.
Ia bercanggah dengan kenyataan Gary Lineker sebelum ini yang berkata, pemain bola sepak terutamanya pemain muda yang ghairah bermain bola sepak kalau boleh mahu bermain di dalam padang untuk sehari.
Van Basten berkata:
“Saya telah bercakap dengan banyak jurulatih dan pemain. Kita perlu mementingkan kualiti dan bukannya kuantiti.”
“Mereka berkata kepada saya, mereka bermain terlalu banyak bola sepak sekarang. Kami perlu untuk mendengar rintihan pemain yang terpaksa bermain begitu banyak perlawanan dan tidak cergas.”
“Itu tidak baik untuk kualiti permainan. Walaupun pada Jun biasanya ada kejohanan besar, anda tidak boleh menggunakan mereka melampau.”
“Ramai pemain bntang hari ini bermain sehingga 75 perlawanan setahun. Saya rasa ianya agak keterlaluan dan mungkin mereka harus berhenti bermain pada perlawanan ke-55 atau ke-60.”
Sebelum ini FIFA bercadang meningkatkan jumlah pasukan Piala Dunia kepada 48 pasukan pada 2026. Van Basten berkata, ia bukan halangan untuk melaksanankan prosedur ini.
Baca juga:Piala Dunia Dengan 48 Pasukan Akan Dilaksanakan Pada 2026!
“Salah satu caranya adalah dengan mengurangkan perlawanan persahabatan terutama sekali perlawanan jelajah (termasuk cuti pertengahan musim dan pra-musim) yang mewah dan bermotifkan keuntungan.
“Perlawanan seperti itu (jelajah) hanya bermotifkan wang. Sudah tiba masanya kita memikirkan bola sepak mengatasi soal wang.”
“Bagi beberapa kelab, ia bukannya mudah untuk menerima cadangan ini. Tetapi wang itu sebenarnya cukup jika pemain seperti Cristiano Ronaldo atau Messi tidak dibayar gaji terlalu tinggi.”
“Ia pasti lebih baik jika kualiti pemain lebih tinggi dan bayaran mereka lebih rendah.”
2. Mansuhkan offside
“Pemansuhan peraturan ofsaid akan menjadikan bola sepak lebih menarik secara visual.” Tambah Van Basten lagi.
“Saya rasa ia akan lebih menarik untuk menonton bola sepak tanpa ofsaid.”
“Bola sepak kini sudah seperti bola baling dengan sembilan atau sepuluh pertahanan bertahan di hadapan gol. Adalah sukar untuk menjaringkan gol. Ini kerana amat sukar untuk mencipta sesuatu dalam ruang yang kecil.”
“Jadi, jika bermain tanpa ofsaid, peluang pasukan yang menyerang mendapatkan gol adalah lebih tinggi.”
3. Cadangan kad Oren / sin bin
Cadangan Van Basten juga agar kad oren digunakan untuk menggantikan kad kuning kedua yang kadangkala dilayangkan atas kesalahan yang bukan mencederakan.
Pemain yang menerima kad kuning kedua akan diarahkan keluar padang. Namun dalam peraturan kad oren, pemain akan dihantar ke sin bin selama 10 minit untuk kesalahan yang tidak berat.
Itulah 3 daripada 8 cadangan Van Basten untuk memperbaiki prestij sukan bola sepak. 5 lagi cadangan lain adalah:
- Mansuhkan masa tambahan 30 minit. Terus ke penentuan penalti
- Pengadil menggunakan sistem hentikan masa dalam 10 minit terakhir perlawanan
- Hanya kapten bersuara
- Kenakan kuota foul untuk setiap pemain
- Pemain di kanak-kanak dan liga veteran dicadangkan hanya bermain 8 sebelah bukannya 11 sebelah
Pandangan kami, agak kelakar apabila Van Basten bercerita soal duit bukan keutamaan. Sedangkan baru-baru ini FIFA umumkan Piala Dunia dengan format 48 pasukan.
Mereka menjual hak penyiaran dan menjangkakan keuntungan kutipan keseluruhan (termasuk matchday revenue) meningkat $1 billion hanya untuk perlawanan peringkat kumpulan sahaja.
Beliau membidas isu terlalu banyak perlawanan sedangkan FIFA mahukan lebih banyak perlawanan dalam kalendar antarabangsa terutama sekali Piala Dunia.
Apa pandangan anda? Adakah anda bersetuju dengan cadangan Van Basten.
Baca juga: FIFA Cadang Laksana Sepakan Penalti Ala Major League Soccer Era 1990-an