FIFA Cadang Laksana Sepakan Penalti Ala Major League Soccer Era 1990-an

FIFA cadang laksana sepakan penalti ala Major League Soccer (MLS) pada era 1990-an.

Cadangan itu disuarakan oleh Ketua Pegawai Pembangunan Teknikal FIFA iaitu Marco Van Basten.

Lebih menyeronokan

Dalam perancangan awal, FIFA mahu mencadangkan sepakan penalti ala-ala MLS tetapi dengan sedikit perubahan.

Pada era 1990-an, MLS melaksanakan sepakan penalti dengan pemain perlu membawa bola ke arah pintu gol dari jarak 35 meter dan perlu menewaskan penjaga gol dalam masa 5 saat dalam situasi 1 lawan 1.

Tetapi dalam cadang Van Basten, beliau mengubah sedikit peraturan tersebut dengan mencadangkan pemain perlu membawa bola dari jarak 25 meter serta mempunyai 8 saat untuk menewaskan penjaga gol dalam situasi 1 lawan 1.

Cadangan ini mungkin akan tidak dipersetujui oleh mereka yang gemar dengan cara tradisional. Tetapi bagi FIFA, cadangan ini akan menambah lagi keseronokan ketika sepakan penalti.

Hal ini kerana bagi mereka, sepakan penalti sebegini akan membolehkan para pemain serta penjaga gol mempunyai lebih banyak pilihan untuk membuatkan keputusan dalam situasi ini.

Ia juga mengurangkan faktor nasib kerana sepakan penalti yang dipakai sekarang lebih kepada ibarat loteri bagi yang menghadapinya.

“Penentuan sepakan penalti yang tradisional memberi masa yang singkat kepada pemain untuk membuat keputusan. Tetapi bagi sepakan penalti yang baharu ini memberi lebih unsur saspen didalamnya.”

“Hal ini kerana, pemain mempunyai lebih masa untuk gelecek, rembat ataupun tunggu bagaimana penjaga gol akan memberi reaksi terhadap pergerakan penjaga gol.”

Mahu cari pemenang

FIFA juga mempunyai cadangan untuk menghapuskan keputusan seri di dalam perlawanan.

Ia bermaksud setiap perlawanan yang berakhir dengan seri perlu ditentukan dengan sepakan penalti untuk mencari pemenang dan ia termasuklah dengan perlawanan di peringkat kumpulan Piala Dunia.

Dengan cara itu, pemenang sepakan penalti itu akan mendapat 1 mata bonus kerana memenangi sepakan penalti dan 1 mata kerana seri dalam perlawanan sebenar.

FIFA cadang laksana Piala Dunia dengan jumlah pasukan sebanyak 48 pasukan dan ia disahkan oleh badan induk bola sepak dunia itu selesa FIFA The Best Awards yang lalu.

Apa pandangan anda mengenai perkara ini? Tinggalkan pendapat anda di ruangan komen.

Baca juga: TMJ Dedahkan Sebab Jorge Pereyra Diaz Disingkirkan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN