Quantcast

BERITA

Piala Dunia Dengan 48 Pasukan Akan Dilaksanakan Pada 2026!

Ahli jawatankuas FIFA hari ini majoriti mengundi idea untuk memperbesarkan lagi Piala Dunia kepada 48 pasukan. Sebelum ini kami ada menulis tentang isu ini. Sila rujuk di sini.

Salah satu sebab FIFA ingin menambah jumlah pasukan adalah mereka mahukan lebih banyak enggagement dengan peminat bola sepak dari seluruh dunia.

Kali terakhir format Piala Dunia diubah adalah pada 1998, daripada 24 pasukan kepad 32 pasukan. Meskipun mendapat reaksi becampur baur pihak FIFA yakin ia adalah idea terbaik.

Gianni Infantino menyatakan, ia memang manifesto beliau ketika bertanding jawatan Presiden. Antara sebabnya adalah, beliau melihat potensi pasukan dari Asia dan Afrika yang semakin meningkat.

Ia adalah mekanisme untuk memberikan keadilan kepada benua lain selain Eropah, tambah beliau lagi.

Banyak negara-negara kecil seperti New Zealand, Mesir dan Tunisia kerap tercicir daripada Piala Dunia walaupun mereka kerap mara ke pusingan play-off terakhir kelayakan.

Format ini akan menyaksikan:

[table]
Zon,Slot 2026,Slot Semasa,
Eropah,16,13,
Afrika,9,5,
Asia,8.5,4.5,
Concacaf,6.5,3.5,
Oceania,1,0.5,
Tuan Rumah,1,1,
[/table]
nota* perpuluhan 5 adalah play-off

Tempat pertama dan kedua daripada setiap kumpulan akan layak ke pusingan 32 pasukan. Manakala, jika perlawanan di peringkat kumpulan berakhir seri, tambahan penentuan sepakan penalti. Pemenang akan mendapat 2 mata.

FIFA menjangkakan pendapatan sekitar $1 billion pendapatan untuk peringkat kumpulan sahaja. Ini merangkumi penajaan, hak penyiaran, kutipan tiket dan sebagainya.

Pendapatan keseluruhan dijangka akan meningkat kepada £5.29 billion dengan pengenalan format baru ini. FIFA akan terus bermesyuarat untuk memastikan format ini dirancang dengan sebaiknya.

Kami juga berpendapat, negara yang ada kuasa ekonomi besar akan lebih menjadi pilihan untuk menganjurkan kejohanan ini.

Negara-negara seperti Afrika dan beberapa negara Amerika Selatan mungkin memerlukan perlaburan asing yang banyak untuk membantu mereka.

Apa kata anda?

Baca juga: FIFA Dijangka Bentang Cadangan Format 48 Pasukan Untuk Piala Dunia

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!