Penyokong Sarawak FA Kecewa Logo Pasukan, FAS Tampil Beri Penjelasan

Semalam, tepat pukul 3 petang, saat ditunggu-tunggu oleh penyokong Sarawak FA pun tiba. Berdasarkan tinjauan kami, ramai juga penyokong dari pasukan lain menunggu detik perlancaran jersi baru Sarawak FA musim 2017.

Ini kerana, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Sarawak sentiasa mengujakan peminat bola sepak Malaysia dengan reka bentuk jersi yang menarik.

Seperti dijangka, jersi pasukan Sarawak FA sangat cantik dan artistik. Mengambil motif ukiran yang diglar bunga terung di Sarawak dalam kesemua rekaan jersi mereka menyerlahkan lagi nilai visual.

sumber foto: Sarawak Crocs

Ia mirip dengan konsep jersi Maori All Blacks. Namun corak ukiran itu memang asli dari Sarawak.

Namun sayangnya, di satu sudut sebelah kanan ia dilekap dengan logo yang dianggap hasil tangan amatur.

Garisan logo tidak tajam (sharp) terutama di bahagian ekor buaya tersebut. Sangat kurang kemas dan menjadi perosak kepada jersi ini..

Penyokong kecewa

Ramai penyokong kecewa dengan kualiti logo yang dianggap lucu dan tidak layak untuk berada di permukaan jersi Sarawak yang mengancam. Logo tersebut diibaratkan seperti lukisan budak sekolah rendah.

Ada juga yang teringat kepada zaman mereka masa muda dan menjadi budak punk dengan menampal patch seperti ini. Banyak juga komen mengusik, belum apa-apa sang buaya dah ‘colop’.

Colop dalam bahasa Sarawak adalah isyarat thumb up oleh budak-budak ketika main kejar-kejar tanda mereka mahu berhenti seketika ataupun time out!

Ramai mendesak agar FAS memberikan penjelasan tentang rekaan logo tersebut yang dianggap paling buruk untuk menggambarkan revolusi yang dicanang oleh FAS.

FAS beri respon

Selepas mendengar kritikan pihak FAS menerusi laman web Sarawak Crocs tampil membuat kenyataan pada petang semalam.

Ini adalah petikan kenyataan rasmi daripada Sarawak Crocs.

Agak pelik, musim baru bermula hari ini. Pun Sarawak masih gagal untuk menyelesaikan isu logo rasmi pasukan. Berdasarkan kenyataan Sarawak Crocs, mereka tidak ada menyatakan logo di jersi tersebut akan ditukar selepas ini.

Mereka menyatakan ia bukan logo rasmi. Tapi kenapa ditampal pada jersi rasmi pasukan? Adalah lebih baik ia dibiarkan kosong dahulu.

Bagi yang sudah membeli jersi tersebut mereka boleh mendapatkan logo rasmi di cawangan yang telah dilantik secara percuma.

Mereka hanya menyifatkan ia sebagai maskot pasukan. Dalam pengurusan bola sepak, amat jarang pasukan profesional meletakkan logo maskot di slot logo/lencana pasukan.

Ini adalah contoh jersi Manchester United 2008/09 dengan maskot black Devil di belakang.

Ini pula rekaan di depan.

Banyak lagi pasukan di dunia yang melekatkan maskot mereka pada jersi namun ruangan di dada kiri itu biasanya khas untuk logo/crest pasukan.

Pandangan kami di semuanyaBOLA, kami pun agak kecewa dengan logo tersebut. Namun secara keseluruhannya kami merasakan jersi baru pasukan Sarawak tetap menarik dan mengancam.

Diharap penyokong-penyokong Sarawak membeli jersi ini atas dasar sokongan kepada pasukan. Untuk pihak FAS yang melepaskan rekaan seperti ini, mereka harus jadikan ia pengajaran.

Cuba banyakkan kajian tentang reka bentuk logo dalam bola sepak terutama sekali di era bola sepak moden.

Logo adalah kebanggaan dan simbol kepada pasukan yang disokong. Diharap di masa akan datang, isu terlalu lambat untuk menyelesaikan perkara asas ini tidak berlaku.

Baca juga: Kecewa Dengan Rekaan Jersi, Penyokong Pulau Pinang Lancar Petisyen Khas

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN