Perang Psikologi Bermula, Warga Bangladesh Sarung But Bola Berjalan Di Ibu Kota?

Warga bangladesh pakai but bola jalan-jalan perang psikologi

Tular di media sosial ketika ini gambar-gambar warga Bangladesh di Malaysia yang dilihat memakai but bola sepak berjalan-jalan di Ibu Kota Kuala Lumpur dan dikatakan ia sebagai perang psikologi daripada mereka.

Sejak sidang media pertama, skuad kebangsaan Bangladesh merayu penyokongnya yang bekerja di Malaysia untuk memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi memberi sokongan kepada kempen mereka kali ini.

Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama Bangladesh, Bahrain dan Turkmenistan. Harimau Malaya akan berdepan mereka dalam perlawanan terakhir kumpulan dalam pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023.

“Mungkin Kita Patut Menang” – Syamer Kutty Sedikit Terkilan Malaysia Terlepas Banyak Peluang Cipta Jaringan

Selepas mengalami kekalahan kepada Bahrain, laluan skuad negara sedikit berliku dan hanya kemenangan besar dalam aksi terakhir dapat menjamin kelegaan buat barisan kejurulatihan dan pemain negara.

Sedar akan tekanan lebih besar terhadap Malaysia berbanding mereka, Bangladesh dilihat lebih santai dengan meneruskan sesi rayuan kepada rakyat mereka yang berada di negara ini untuk berjuang bersama mereka.

Dan ketua pasukan skuad kebangsaan Bangladesh, Jamal Harris Bhuyan menggesa para penyokong mereka untuk turun ke SNBJ menyokong mereka walaupun sedar ia bukanlah sukan yang diminati rakyat mereka.

Selain itu, mereka juga telah pun tersingkir daripada persaingan merebut tiket untuk terbang ke Piala Asia.

Warga Bangladesh pakai but bola jalan
Gambar lama yang kembali ditularkan di media sosial. FOTO: FB Indra Dahlan Jr

Adakah gambar-gambar yang tular itu tanda perang psikologi daripada penyokong Bangladesh telah bermula?

Sebenarnya ia adalah gambar-gambar lama yang kembali ditularkan menjelang pertembungan kedua-dua pasukan pada malam esok. Ia dilihat hanya sekadar untuk menghangatkan suasana perlawanan terakhir.

Rata-rata penyokong skuad negara tidak mengambil serius pun apa yang ditularkan kerana ia hanyalah gambar lama. Namun, ia bagus untuk mengingatkan para penyokong perlu selalu ada bersama skuad negara. Tambah-tambah di saat ini yang mana sokongan padu amatlah ditagih oleh barisan pemain Harimau Malaya.

Jangan dibiarkan kerusi-kerusi di Bukit Jalil dipenuhi warga Bangladesh. Walaupun masih diulit kekecewaan kekalahan tidak sepatutnya kepada Bahrain, para penyokong perlu terus berada di belakang pasukan. Skuad negara masih berpeluang untuk terbang ke Piala Asia dengan syarat kemenangan diraih terlebih dahulu.

Apa jua keputusan perlawanan lain, sama-sama kita nantikan, sama ada Malaysia akan melepasinya atau tidak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN