Ayuh Ekor Harimau Malaya, Jangan Sampai Penyokong Bangladesh Tawan SNBJ

Ketua pasukan skuad kebangsaan Bangladesh, Jamal Harris Bhuyan menggesa para penyokong mereka untuk turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada pasukan.

Jamal Harris berharap warga Bangladesh yang berada di kawasan Lembah Kelang akan mampu meluangkan masa untuk ke stadium bagi memberi sokongan kepada mereka.

Skuad Harimau Malaya akan turun berdepan dengan Bangladesh untuk aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023 malam esok.

Selain berharap padang tidak seperti bendang, para peminat turut berharap agar anak-anak buah Kim Pan-gon akan berikan yang terbaik dan mencatatkan kemenangan selesa bertemu skuad Bengal Tigers.

Selain kem Malaysia yang terdesak mahu mencatat kemenangan, para pemain Bangladesh turut sangat berharap mereka akan mampu melakukan sesuatu bertemu Malaysia.

Seperti semua sedia maklum, aura di Stadium Nasional Bukit Jalil sememangnya sungguh luar biasa dek kerana kehadiran para penyokong terutamanya Ultras Malaya yang senantiasa memberi sokongan padu kepada pasukan.

Setiap pasukan yang datang sememangnya gerun dengan impak dari para penyokong dan Bangladesh juga sebenarnya turut merasakan hal yang sama.

Ketika sesi sidang media pada hari ini, kapten Bengal Tigers, Jamal Harris tampil bersuara mengharapkan para penyokong mereka akan turun ke stadium memberikan sokongan kepada pasukan.

Walau warga Bangladesh sebenarnya sangat ramai di Lembah Kelang, namun mereka sepertinya tak berminat sama sekali untuk menonton pasukan mereka bermain di Bukit Jalil.

Selepas mengharungi dua perlawanan bertemu Bahrain dan Turkmenistan, boleh dikira berapa orang sahaja dari penyokong Bangladesh yang hadir ke stadium.

Sukan bola sepak bukanlah sukan kegemaran rakyat negara tersebut dan kerana itulah mungkin tiada penyokong mereka yang sanggup ke Stadium untuk beri sokongan kepada pasukan.

Tidak seperti warga Indonesia dan Vietnam yang sering membanjiri stadium ketika ada aksi melibatkan pasukan mereka, warga Bangladesh seolah-olah langsung tidak peduli dengan hal tersebut.

Sambutan di Pasar Seni dan Kota Raya lebih meriah berbanding di Stadium Nasional Bukit Jalil dan kerana itulah Jamal Harris terpaksa merayu kepada penyokong mereka agar turun ke stadium.

Bangladesh dah sah tersingkir

Secara matematik, Bangladesh sebenarnya sudah tersingkir dan tidak akan layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 selepas mereka mencatatkan dua kekalahan dari dua perlawanan awal.

Bangladesh pada awalnya mencatatkan kekalahan 2-0 bertemu Bahrain dan mereka kemudiannya tewas 2-1 bertemu Turkmenistan kemarin.

Dua kekalahan itu sudah cukup untuk mengesahkan yang mereka sudah tiada harapan dan tidak akan ada peluang untuk beraksi di pentas Piala Asia 2023 nanti.

Walau bagaimanapun, mereka jelas sekali tidak mahu beri laluan mudah kepada Malaysia, dan akan berusaha untuk setidak-tidaknya mencatatkan satu kemenangan dari tiga perlawanan di Bukit Jalil.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN