Kelayakan Piala Asia: 3 Pemain Tumpuan Menjelang Aksi Menentang Bangladesh

Debaran perlawanan terakhir bagi saingan kelayakan Piala Asia 2023 peringkat Kumpulan E semakin terasa melibatkan pertemuan antara Malaysia menentang Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Selasa.

Malaysia perlu mencatat kemenangan bagi menghidupkan peluang untuk melayakkan diri secara merit ke Piala Asia tahun hadapan selain terus membuktikan sesuatu buat para penyokong.

Sepanjang dua perlawanan diharungi skuad kebangsaan, nyata Kim Pan-gon sudah membuat beberapa pertukaran pemain yang agak drastik di beberapa posisi.

Namun boleh dikatakan bentuk perubahan pemain dibuat oleh Pan-gon dalam dua perlawanan tersebut langsung tidak menjejaskan taktikal yang dipersembahkan oleh skuad Harimau Malaya

Lebih menarik, bakat setiap pemain juga dilihat lebih menonjol dan berjaya memberi impak positif untuk diperkatakan oleh penyokong.

Ini tiga pemain tumpuan yang mungkin dapat memberikan impak positif jika diturunkan oleh pengendali skuad kebangsaan berdasarkan rekod perlawanan lepas.

Khuzaimi Piee

Pemain pertahanan ini berjaya memberi dimensi yang berbeza di bahagian pertahanan apabila beliau dapat mengimbangi kekuatan fizikal, kepantasan, dan cepat membaca gerakan lawan.

Lebih menarik, Khuzaimi juga merupakan pemain pertahanan yang bersifat ofensif setelah beliau dapat melihat dengan baik pergerakan pemain serangan sebelum membuat hantaran jauh tepat.

Aksi Khuzaimi nyata semakin disenangi oleh para penyokong skuad kebangsaan

Gandingan Khuzaimi bersama Dion Cools nyata memberi masalah pada perlawanan lalu untuk pemain Bahrain sewenang-wenangnya memasuki dari bahagian tengah serta mencatur pergerakan untuk menyerang.

Syamer Kutty Abba

Pemain tengah bertahan ini menjadi antara tonggak pilihan Pan-gon sepanjang dua perlawanan untuk mengemudi di bahagian tengah Harimau Malaya.

Kebolehan Syamer untuk bergandingan dengan mana-mana pemain tengah lain seperti Azam Azih, Nazmi Faiz Mansor, dan Safiq Rahim menjadikan beliau tidak kekok untuk bermain dalam apa jua situasi.

Syamer nyata menjadi pemain kunci skuad kebangsaan era Kim Pan-gon

Kelebihan pemain ini terletak pada daya stamina yang sangat tinggi untuk sentiasa bergerak di serata arah serta merosakkan pelan pergerakan cuba diatur lawan.

Syamer juga boleh membantu serangan dengan sangat baik jika ada peluang terbuka buat dirinya untuk naik lebih tinggi dari zon asalnya.

Darren Lok

Penyerang ini masih lagi belum meledak sebarang gol dalam kejohanan ini sepanjang beliau diturunkan selaku pemain kesebelasan utama buat skuad kebangsaan.

Sesuatu yang mencuri tumpuan buat Pan-gon mengenai aksi Darren ialah kerajinan beliau untuk sentiasa memberi tekanan buat pertahanan lawan serta bijak mencari ruang untuk melepaskan diri sebelum membuat percubaan.

Darren Lok kini sedang menikmati musim terbaik beliau apabila positif bersama kelab dan negara

Darren merupakan pemain yang sentiasa bergerak dan kerap mencipta ancaman tersendiri untuk menyukarkan lawan bebas menyusun pergerakan dari bahagian bawah.

Kesimpulan

Walau mana-mana pemain yang menjadi pilihan Pan-gon pada perlawanan esok, mereka perlu mempamerkan aksi sehabis baik kerana inilah satu-satunya peluang buat skuad kebangsaan mencipta kejayaan muncul selaku salah satu pasukan layak ke Piala Asia secara merit.

Apa diharapkan selain taktikal Pan-gon, kualiti padang juga berada dalam keadaan terbaik agar aksi ditampilkan skuad negara mampu untuk membenam cabaran lawan.

Kredit foto: FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN