“Mungkin Kita Patut Menang” – Syamer Kutty Sedikit Terkilan Malaysia Terlepas Banyak Peluang Cipta Jaringan

Perlawanan lalu ketika menentang Bahrain boleh dikatakan Malaysia sudah bermain dengan sehabis baik untuk menguasai perlawanan selain banyak mematikan ancaman lawan yang dilihat sebagai pasukan pilihan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Dalam aksi kelayakan Piala Asia 2023 ini, skuad kendalian Kim Pan-gon tewas buat kali pertama kepada pasukan Bahrain dengan keputusan 1-2 setelah sebelum itu mereka berjaya mengejutkan Turkmenistan untuk mencipta kemenangan sulut 3-1.

Sepanjang perlawanan berlangsung, jelas Malaysia berjaya mempamerkan mutu permainan berintensiti tinggi dan mengekalkan cara yang diinginkan oleh Pan-gon biarpun tampil dengan sedikit perubahan dalam kesebelasan utama berbanding pada perlawanan pertama.

Antara pemain yang sukar untuk menerima kekalahan tersebut ialah Syamer Kutty Abba apabila pemain tengah berkaliber tersebut menyatakan Malaysia selayaknya memenangi perlawanan itu atas banyak faktor.

Namun pemain kelahiran Penang itu menerima keputusan tersebut pada akhirny dengan rasa terbuka sambil menyatakan tiada rezeki buat Malaysia dalam perlawanan itu untuk memenanginya.

“Mungkin kita patut menang kerana kita ada kira-kira tiga peluang keemasan yang betul-betul boleh menjaringkan gol dan pasukan lawan pun mungkin ada beberapa peluang sahaja.

“Tetapi inilah bola sepak kerana kita mencuba tetapi bukan selalu kita boleh sudahkan peluang itu. Saya tetap bangga dengan rakan sepasukan yang sudah memberikan segalanya untuk negara.

“Aksi menentang Bangladesh nanti bukanlah mudah tetapi kita akan tampil dengan penuh bermotivasi bagi memberikan yang terbaik dalam setiap aspek,” katanya menerusi Berita Harian.

Selain itu, Syamer jelas antara pemain paling menonjol setakat ini bersama skuad kebangsaan kerana menjadi pilihan utama Pan-gon untuk mengemudi kawasan tengah Harimau Malaya.

Berbekalkan stamina yang tinggi serta cepat menutup ancaman lawan di tengah, kemungkinan besar Syamer bakal terus diberi peranan untuk perlawanan menentang Bangladesh hari esok dalam usaha untuk mencatat kemenangan sekali gus melayakkan skuad kebangsaan ke Piala Asia.

“Saya cuba memberikan yang terbaik tetapi masih ada ruang untuk penambahbaikan. Apa yang saya perolehi di Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Liga Juara Juara Asia (ACL) turut dibawa ke skuad kebangsaan.

“Banyak lagi perlu diperbaiki. Antaranya ketika mendapat bola dan juga ketika ketiadaan bola. Saya akan memberikan aksi lebih baik untuk membantu pasukan layak ke pusingan akhir,” katanya.

Setakat dua aksi yang membabitkan Harimau Malaya ini, Syamer jelas tidak bermasalah untuk membentuk gandingan bersama dua pemain tengah yang berbeza setelah perlawanan pertama beliau berpasangan bersama Azam Azih sebelum diletakkan bersama Nazmi Faiz Mansor ketika aksi menentang Bahrain.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN