Pemain pertahanan berpengalaman, Pepe tanpa berselindung memuji kualiti hebat dimiliki Ruben Dias yang kini menjadi tonggak utama skuad Manchester City menghadapi musim 2020/21.
Dias yang menyertai The Cityzens pada jendela perpindahan musim panas lalu pantas menambat hati pengendali pasukan, Pep Guardiola selepas beliau mempamerkan corak permainan kental di jentera pertahanan kelab tersebut.
Pertahanan berusia 23 tahun itu telah diturunkan sebagai pemain kesebelasan utama pasukan dalam 14 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan sepanjang beliau mengepalai jentera pertahanan pada ketika itu [kempen liga], City hanya dibolosi tujuh gol.
Sehubungan dengan itu, Pepe turut menilai Dias sebagai pemain pertahanan terbaik buat Portugal pada ketika ini berbekalkan pakej hebat yang dimilikinya.
Pepe sudah pastinya amat mengenali Dias kerana mereka pernah bergandingan bersama ketika menggalas tanggungjawab skuad kebangsaan Portugal walaupun beza usia kedua-dua pemain tersebut menjangkau 14 tahun.
”Ruben Dias sudah menjadi pertahanan tengah terbaik Portugal di dunia, saya pernah bercakap tentang perkara ini,” ujar Pepe menurut laporan Goal.
”Tidak hanya itu sahaja, dia juga merupakan seorang pemain yang sangat bijak.”
”Saya memiliki rasa hormat yang cukup besar terhadap Ruben sejak dari awal dia menyertai skuad kebangsaan Portugal.
”Dia seringkali menjadi pemain yang luar biasa buat pasukan dan telah membuktikan karakter hebatnya.”
”Saya juga suka melihat dia memilih untuk menyertai kelab seperti Manchester City, di mana di sana dia akan terus berkembang dan mempamerkan peningkatan prestasi,” tambah Pepe lagi.
Kredit featured image:
Baca artikel lain dari kami mengenai Ruben Dias dan Pepe:
RASMI: Kecewa Tak Dapat Kalidou Koulibaly, City ‘Cilok’ Bek Benfica, Ruben Dias
EPL: Gol Sendiri Ruben Dias Buat City Tercicir Mata Berdepan West Brom