Statistik Pepe Setakat Ini Yang Mengejutkan Kita Semua

Pepe dikenali dengan imej ‘ganas’ ketika bersama Real Madrid. Ketika beliau berhijrah ke liga Turki ramai yang troll beliau bahawa akan ada ramai pemain di Liga Turki kena ‘rembat’ oleh Pepe.

Tetapi setakat ini beliau masih belum mengutip walaupun 1 kad kuning di Turki. Pepe sudah bermain dalam setiap saat dan setiap minit buat masa ini untuk pasukan Besiktas.

810 minit tiada satu kad kuning lagi dikutip beliau. Sudah pastinya ramai kaki judi yang kalah judi kerana bertaruh Pepe akan kad kuning dalam perlawanan.

(Amaran: Judi itu haram di sisi agama Islam)

Daripada jumlah itu, beliau hanya melakukan 10 kesalahan sahaja. Satu-satunya kad kuning beliau hanyalah dalam perlawanan UCL. Itupun hanya 1 sahaja setakat ini.

Berbalik kepada musim terakhir beliau di Real Madrid, tanda-tanda berubah menjadi lelaki budiman itu sudah ada. Beliau hanya mengutip 1 kad kuning dariapda 13 perlawanan. Hanya 12 kesalahan dilakukan beliau.

Beliau ada melakukan kekasaran dan menghadiahkan penalti kepada Konyaspor dalam Piala Super Turki. Tetapi beliau tidak menerima kad kuning untuk kesalahan tersebut.

Paling menarik, dalam derbi Istanbul di antara Fenerbahce dan Besiktas. Ada 11 kad kuning, 5 kad merah dan 2 penalti, dereta faul serta beberapa insiden panas di antara pemain. Dan Pepe tidak mengutip sebarang kad.

Pepe kini menjadi pemain penting untuk Besiktas terutama sekali dalam kempen UCL mereka. Besiktas menang kesemua 3 perlawanan UCL mereka setakat ini.

Pada pandangan anda, apakah sebab semua ini berlaku? Apa alasan untuk pemain-pemain lain tidak mahu berubah jika mereka adalah seorang yang panas baran. Ingat perubahan diri dalam padang, ingat Pepe!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN