EPL: Gol Sendiri Ruben Dias Buat City Tercicir Mata Berdepan West Brom

EPL Ruben Dias Manchester City West Brom

Perjalanan Manchester City untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini berdepan jalan berliku selepas hanya terikat 1-1 dengan pasukan bawahan West Bromwich Albion pada Selasa.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Etihad itu, tuan rumah terlebih dahulu mendahului menerusi rembatan menarik Ilkay Gundogan pada minit ke-30.

Bagaimanapun, dua minit sebelum tamat separuh masa kedua, the Baggies kembali mengikut kedudukan apabila perrcubaan Semi Ajayi terbias pada Ruben Dias dan gagal diselamatkan penjaga gol Ederson.

Masuk babak kedua, City melakukan serang bertali arus, namun penjaga gol pelawat, Sam Johstone yang cemerlang menafikan sepakan percuma Kevin De Bruyne serta tandukan Gundogan dan Raheem Sterling pada masa kecederaan.

Sergio Aguero yang masuk sebagai pemain gantian turut gagal untuk memberikan gol kemenangan buat The Citizens dan akhirnya Pep Guardiola terpaksa akur pasukan seri buat kali kedua berturut-turut termasuk aksi Derbi Manchester pada hujung minggu lalu.

City kini berada di kedudukan keenam EPL dengan mengumpul 20 mata selepas 12 perlawanan. Manakala West Brom pula masih bergelut di zon penyingkiran dengan hanya tujuh mata.

Dalam perlawanan lain yang berlangsung pada awal pagi tadi, pasukan berbelanja besar Chelsea mengalami nasib yang lebih buruk tewas 2-1 kepada Wolverhampton Wanderers.

Saksikan sorotan perlawanan di antara Manchester City dan West Bromwich Albion di sini:

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:

Leave a Reply