Bagaimanakah Kedudukan Premier League Jika Sepakan Penalti Tidak Wujud Dalam Bola Sepak?

Sejauh manakah sepakan penalti mempengaruhi keputusan perlawanan? Tidak boleh dinafikan sepakan penalti sememangnya boleh mempengaruhi keputusan perlawanan.

Sepakan penalti yang diselamatkan penjaga gol misalnya boleh membuatkan keyakinan dan moral sesebuah pasukan goyah. Sepakan yang disempurnakan pada minit akhir perlawanan pula boleh memberikan tiga mata kepada pasukan.

Bagaimana pula jika peraturan sepakan penalti tidak ada di dalam bola sepak pada musim ini? Sebelum kita pergi lebih jauh, kita imbau dulu sejarah terciptanya sepakan penalti.

Sejarah sepakan penalti

Sepakan penalti mulai diperkenalkan dalam bola sepak pada 1890 oleh seorang pemain dari Ireland, William McCrum. Beliau adalah pemain di posisi penjaga gol untuk Millford FC di Liga Ireland.

Ketika McCrum mencetuskan idea ini, beliau masih lagi aktif bermain dan merupakan salah seorang ahli dalam kesatuan pemain pada ketika itu.

Beliau mencadangkan agar penalti diwujudkan untuk menghukum pemain pertahanan yang gemar melakukan kekasaran untuk menghalang pihak lawan menghasilkan gol. Ia sebenarnya adalah idea yang diilhamkan McCrum daripada sukan ragbi yang ada peraturan penaltidua tahun sebelum itu.

Cadangan McCrum mendapat perhatian serius daripada pihak Football Association (FA) sebelum memasukkannya sebagai salah sebuah peraturan dalam pertandingan yang dianjurkan oleh badan itu pada 1890.

Dan selepas itu sepakan penalti turut berevolusi merentas zaman sehingga seperti apa yang kita lihat pada hari ini.

Bagaimana jika tiada sepakan penalti pada hari ini?

Bagaimanakah kedudukan Liga Perdana Inggeris sekiranya tiada peraturan sepakan penalti pada hari ini? Masihkah skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer mampu menerajui liga selepas 17 perlawanan?

Walaupun ramai bertanggapan Manchester United tidak akan berada di persada liga, namun pasti ramai yang tidak menjangkakan perubahan kedudukan pasukan sekiranya peraturan sepakan penalti tidak wujud.

Manchester City akan berada di atas Liverpool dan Manchester United dalam kedudukan terkini Liga Perdana Inggeris sekiranya tiada peraturan sepakan penalti pada musim ini.

Manchester United pula akan berada di kedudukan kedua, dan mempunyai kelebihan enam mata ke atas seteru utama mereka yang akan dihadapi dalam perlawanan derbi Barat-Laut, Liverpool hujung minggu ini.

Sebelum ini pengurus Liverpool, Jurgen Klopp pernah menyuarakan rasa tidak puas hati kerana jumlah penalti yang diterima oleh Manchester United sejak beberapa musim yang lalu – terutamanya pada era Ole Gunnar Solksjaer.

Sepanjang tempoh itu, skuad Ole Gunnar Solksjaer telah dihadiahkan 41 penalti, manakala Liverpool pula 19 penalti.

Bagaimanakah agaknya kedudukan jadual liga ditamatkan sekiranya tiada sepakan penalti diberikan sejak bermulanya era Liga Perdana Inggeris?

Sejak 1992, Livepool masih lagi menjadi pasukan paling banyak diberikan penalti dengan 160 sepakan keseluruhan sehingga ke hari ini.

Musim 2020/21

Musim ini jumlah penalti yang diberikan di kalangan beberapa pasukan utama tampak lebih seimbang. Selepas 17 perlawanan, Manchester United telah diberikan enam sepakan penalti setakat ini.

Tetapi di antara semua pasukan, Liverpool paling terkesan sekiranya sepakan penalti pada musim ini ditiadakan.

Menurut statistik, Liverpool akan kehilangan tujuh mata dan menyebabkan The Reds terjerumus sehinga ke kedudukan ke-9 liga.

Manchester City pula gagah berada di kedudukan teratas liga dengan 35 mata, dengan kelebihan tiga mata mengatasi Manchester United di kedudukan kedua.

Skuad Ole Gunnar Solksjaer sedikit sebanyak turut terkesan kerana kehilangan empat mata sekiranya penalti tidak diberikan.

Leicester City yang memperolehi sepakan penalti terbanyak sebanyak sembilan kali pula hanya kekal di kedudukan keempat. Namun demikian, berbanding dengan kutipan mata sebenar, skuad kendalian Brendan Rodgers hanya kehilangan dua mata.

Penutup

Apa yang anda baca dan lihat di atas bukanlah kajian dan analisis yang boleh diterima sepenuhnya. Sepakan penalti telah diterima sebagai peraturan di dalam bola sepak lebih dari 100 tahun.

Ia jelas terbukti merupakan kaedah terbaik unuk menghukum pertahanan lawan yang melakukan kesilapan. Ia juga telah menjadi sebahagian daripada bola sepak dan tidak boleh dipertikaikan lagi.

Baca juga artikel menarik kami yang lain di:

Penyokong Liverpool Cadang Pasang Banner Penghargaan Di Anfield Buat Marcus Rashford

‘Ronaldo Baru’ Antara 5 Pembelian Terburuk Manchester United Selepas Era Alex Ferguson

Sudah Pokai & Miskin, Ini Cara Ronald Koeman Pastikan Barcelona Kembali Ke Landasan Persaingan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN