Peminat Yang Pernah Kecam Garnacho Diminta Untuk Minta Maaf Kepada Bintang Muda Itu

Adik kepada Alejandro Garnacho, Roberto tampil menggesa peminat yang sebelum ini pernah menghentam bintang muda Man United itu untuk segera meminta maaf.

Roberto menegaskan yang Garnacho berhak untuk menerima permohonan maaf dari para peminat yang sebelum ini pernah menghentam dan mengkritik beliau.

Pemain berusia 18 tahun itu dianggap antara pemain muda paling bernilai di Old Trafford pada ketika ini.

Setakat ini, Garnacho telah membuat 32 penampilan bersama Manchester United sejak dari awal beliau menyertai skuad utama pada tahun 2021 yang lalu.

Sepanjang tempoh tersebut, Garnacho berjaya menjaringkan lima gol untuk skuad The Red Devils itu.

Bulan lalu, Garnacho telah menandatangani kontrak baru selama lima tahun bersama kelab.

Hujung minggu berikutnya, pemain kebangsaan Argentina itu meraikan kontrak barunya dengan meledak gol untuk membantu Man United menewaskan Wolverhampton Wanderers 2-0.

Peminat turut memuji bintang muda itu atas kejayaan beliau meledak gol dalam perlawanan tersebut, dengan rata-rata dari mereka percaya Garnacho lebih berhak bermain berbanding Wout Weghorst.

Namun begitu, walau beliau dianggap antara pemain yang berbakat dan hebat, namun Garnacho juga sebenarnya tak terlepas dari menjadi mangsa kecaman peminat.

Beliau sebelum ini teruk dihentam oleh peminat dan tidak keterlaluan juga untuk menganggap beliau sebenarnya menjadi antara mangsa dibuli oleh peminat di media sosial.

Bahkan ada segelintir peminat yang menganggap Garnacho sampah dan tak layak untuk menyarung jersi Manchester United.

Terbaru, adik kepada Garnacho, Roberto tampil untuk membalas kembali segala kritikan yang dilemparkan kepada pemain muda itu dengan mendesak peminat untuk segera meminta maaf.

Roberto memuat naik status di laman twitter miliknya untuk menghentam salah seorang Youtuber, Rants N Bants untuk meminta maaf kepada adiknya kerana Youtuber itu antara yang paling lantang menghentam Garnacho.

Selepas Garnacho menandatangani kontrak baru bersama kelab, pengurus Man United tampil menegaskan yang bintang muda itu sudah bersedia untuk menggegar dunia bola sepak.

“Garna, semua orang boleh nampak itu. Dia masuk dan dia boleh dikatakan melakukan segalanya dengan sangat baik, dan dia juga menjaringkan gol yang hebat untuk bantu dia dapatkan semula keyakinan.”

“Ia satu hal yang bagus untuk kami mengharungi baki musim ini, dia sudah kembali dan dia boleh beri impak.”

Jelas pengurus dari Belanda itu.

“Antara aspek terpenting untuk seseorang bakat itu adalah kematangan mereka, pertama mereka bertanggungjawab, kedua mereka sangat matang untuk keluarkan skill dan ada kepercayaan yang mereka boleh dominasi lawan.”

Ten Hag kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:

“Sekali lagi, dia berjaya lakukan itu. Dia dah bagi impak yang besar dalam banyak perlawanan, tidak kira diturunkan dalam kesebelasan utama atau masuk kemudian, dia akan segera faham permainan dan itu sangat penting untuk skuad.”

“Saya sangat gembira kami boleh bawa masuk pemain muda dan semoga saja dia akan berkembang dengan lebih cepat jadi dia boleh bersaing untuk dapat tempat dalam kesebelasan utama, itu adalah cabaran untuk dia selepas ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN