Ini Jumlah Yang Juventus Bayar Untuk Setiap Minit Paul Pogba Beraksi Di Atas Padang

Paul Pogba sebenarnya telah menyebabkan Juventus menanggung kos yang sungguh luar biasa lumayan untuk setiap minit beliau beraksi di atas padang sepanjang musim ini.

Jumlah purata berapa pendapatan Paul Pogba untuk setiap minit beliau beraksi di atas padang telah didedahkan dan ia jelas sekali mengejutkan semua pihak.

Pemain kebangsaan Perancis itu kembali ke saingan Serie A pada musim panas lalu selepas kontrak beliau bersama Manchester United tamat.

Kelab dari saingan Premier League itu tidak melanjutkan kontrak Pogba dan hal itu membuka ruang untuk beliau kembali ke Turin.

Pogba ketika karier pertamanya bersama Juventus, beliau tidak dinafikan lagi sememangnya antara pemain terbaik dalam dunia bola sepak.

Kemuncak kariernya pada ketika itu, Paul Pogba berjaya menjaringkan 34 gol dan mencatatkan 40 assists untuk The Old Lady dari 178 perlawanan.

Ketika beliau kembali semula ke kelab untuk karier keduanya, Pogba ada menyatakan bahawa:

“Saya sudah kembali, saya di sini dan saya tak sabar untuk bermula.”

“Saya sangat, sangat gembira. Saya dah tak sabar untuk bermula dan menyarung semula jersi Juventus.”

Namun begitu, tanpa ada siapa yang sangka, karier kedua Pogba bersama Juventus menjadi sangat kelam dan sangat teruk.

Pogba menderita kecederaan lutut ketika beliau sedang mengikuti sesi jelajah pra musim bersama Juventus.

Beliau kemudiannya terpaksa berehat panjang atas kecederaan itu dan hal tersebut turut menyebabkan Pogba terlepas peluang beraksi di pentas Piala Dunia di Qatar.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, bekas bintang Man United itu diberi kesempatan untuk beraksi beberapa minit dengan beliau kerap dimasukkan sebagai pemain gantian.

Pogba turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan ketika beliau dimasukkan sebagai pemain gantian dalam aksi pertemuan bertemu Sevilla.

Beliau memainkan peranan penting dalam perlawanan tersebut untuk membantu skuadnya mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu gergasi Sepanyol itu.

Melihat beliau sudah bersedia untuk beraksi, Pogba telah diberikan kesempatan untuk turun dalam kesebelasan utama Juventus ketika beraksi bertemu Cremonese hujung minggu lalu.

Namun begitu, baru 21 minit beraksi, pemain midfield itu terpaksa dikeluarkan kerana beliau dibelenggu masalah kecederaan.

Pogba dilihat menangis teresak-esak ketika beliau berjalan meninggalkan padang terutama selepas beliau berusaha keras untuk kembali mendapatkan tahap kecergasan terbaiknya.

Pogba kemudiannya disahkan mengalami kecederaan peha dan bakal menyebabkan beliau direhatkan hingga habis baki saingan musim ini.

Berapa kos yang Juventus tanggung untuk setiap minit Pogba beraksi sepanjang musim ini

Tidak boleh dinafikan lagi yang Pogba telah melalui musim yang sangat mendukacitakan sepanjang musim ini bersama Juventus.

Pemain berusia 30 tahun itu lebih banyak menghabiskan masa di hospital berbanding di atas padang dan jelas sekali Juventus pening kepala memikirkan kos perbelanjaan untuk rawatan salah seorang pemain mereka itu.

The Old Lady membawa Pogba kembali ke Turin dengan harapan mereka bakal mampu menggunakan khidmat pemain midfield itu, namun sayangnya hal itu tidak berlaku.

Terbaru, Gazzetta dello Sport telah mengira berapa sebenarnya kos yang Juventus perlu tanggung untuk setiap minit Pogba beraksi di atas padang.

Pogba hanya mampu beraksi selama 161 minit sahaja dari semua pertandingan bersama Juventus sepanjang musim ini dan pihak kelab sebenarnya membayar beliau €65,000 untuk setiap minit beliau beraksi di atas padang.

Jumlah yang sangat-sangat besar untuk Juventus bayar kepada pemain yang kerap memanaskan katil hospital berbanding di atas padang untuk mereka.

Paul Pogba masih memiliki baki kontrak selama tiga tahun lagi dan semua peminat sedar beliau mungkin sukar untuk mendapatkan semula rentak persembahan terbaiknya.

Tidak akan mengejutkan andai pihak kelab terpaksa melepaskan beliau pada musim panas ini kerana sudah tidak mampu untuk menanggung beban yang diberikan oleh pemain kebangsaan Perancis itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN