Ten Hag Bakal Ikut Jejak Langkah Klopp Dan Pep Dalam Usahanya Menaikkan Man United?

Erik ten Hag dilaporkan bakal ikut jejak langkah Jurgen Klopp dan Pep Guardiola dalam usaha beliau untuk mengubah nasib Manchester United dengan membawa pemain-pemain penting pada jendela perpindahan musim panas ini.

Manchester United baru sahaja tersingkir dari saingan Europa League selepas mereka tewas 3-0 di tangan Sevilla di Ramon Sanchez Pizjuan kemarin.

Ketika aksi leg pertama, Man United sebenarnya terlebih dahulu mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0 sebelum Sevilla mengikat kedudukan menjadi 2-2.

Para peminat dan Ten Hag sendiri turut sangat kecewa dengan keputusan tersebut kerana mereka sudah mendahului perlawanan, namun terpaksa akur sekadar seri selepas Maguire dan Malacia meledak gol sendiri.

Skuad The Red Devils itu turun ke Ramon Sanchez Pizjuan dengan misi mahu mencatatkan kemenangan seterusnya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir saingan Europa League.

Namun dek kerana kedunguan Harry Maguire dan David de Gea, Man United terpaksa akur tewas 3-0 di tangan Sevilla dalam perlawanan tersebut.

Menurut sumber laporan dari The Mirror, aksi hambar yang De Gea persembahkan di Sepanyol itu menyebabkan masa depan beliau di Old Trafford semakin samar-samar.

Pihak kelab juga dikatakan semakin ragu-ragu untuk memberikan kontrak baru kepada penjaga gol dari Sepanyol itu.

De Gea bakal pergi?

The Mirror juga melaporkan yang seramai 12 pemain dari skuad senior Man United berpotensi untuk meninggalkan kelab pada jendela perpindahan musim panas ini.

Kesemua pemain itu bakal meninggalkan kelab kerana ia merupakan langkah awal untuk Ten Hag melakukan tranformasi dan membina semula skuad The Red Devils itu.

Bahkan pemain yang dianggap ‘mat kaca’ seperti Anthony Martial, Harry Maguire dan David de Gea juga dikatakan berpotensi untuk meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Maguire dan Martial sememangnya antara pemain yang sudah ada dalam senarai pemain yang mahu dijual sejak awal tahun lalu lagi, namun De Gea pula nama beliau mula disebut-sebut bakal meninggalkan kelab selepas aksi hambar yang beliau persembahkan ketika bertemu Sevilla.

Aksi hambar yang beliau persembahkan ketika bertemu Sevilla itu sepertinya menutup masa depan beliau bersama Manchester United.

Kontrak pemain berusia 32 tahun itu akan tamat pada musim panas ini dengan United juga sememangnya sedang berunding dengan penjaga gol itu berkait masa depannya bersama kelab.

Ten Hag belajar dari Klopp dan Guardiola

The Mirror juga turut melaporkan yang Ten Hag sedar tentang bagaimana Liverpool dan Manchester City melakukan transformasi dengan kedua-dua kelab itu mencari penjaga gol yang boleh dipercayai untuk menjaga gawang mereka.

Bermula dari penjaga gol berkualiti, kedua-dua kelab kemudiannya menambah baik posisi-posisi lain dengan membawa pemain-pemain baru.

Dek kerana tembok mereka sudah dikawal oleh individu yang dipercayai, maka ia sepertinya mencerahkan lagi harapan untuk mereka bersaing merebut kejuaraan.

Arsenal juga menunjukkan perubahan pada musim ini selepas mereka menandatangani Aaron Ramsdale dan penjaga gol kebangsaan England itu juga turut sering mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan untuk Gunners.

The Mirror melaporkan yang Ten Hag mahu menggunakan ramuan yang sama dengan beliau bakal mencari penjaga gol baharu yang lebih diyakini dan itu bakal menjadi langkah awal dalam usahannya mahu menaikkan kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN