Penyokong Arsenal Semakin Pasrah Bakal Terlepas Gelaran Liga Musim Ini

Penyokong Arsenal kini semakin pasrah untuk menerima takdir yang mereka bakal terlepas gelaran liga musim ini walau mereka pada awalnya menjadi calon kegemaran untuk bergelar juara.

The Gunners mencatatkan keputusan seri ketiga mereka secara berturut-turut dalam saingan liga selepas terikat 3-3 bertemu Southampton di Emirates awal pagi tadi.

Walau skuad kendalian Mikel Arteta itu berjaya melakukan comeback selepas ketinggalan 3-1, namun peminat sepertinya tak gembira dengan keputusan perlawanan tersebut.

Satu mata sama sekali tidak cukup untuk Gunners mengukuhkan kedudukan mereka di puncak saingan liga dengan Man City kini semakin berpotensi untuk memintas.

Martin Odegaard dan Bukayo Saka berjaya menjaringkan gol pada minit-minit akhir perlawanan tersebut, untuk setidak-tidaknya membantu Arsenal bawa satu mata dari halaman mereka sendiri.

Namun keputusan seri itu jelas sekali telah merencatkan usaha mereka untuk menjuarai saingan liga musim ini, dan rata-rata peminat tidak melepaskan peluang untuk menganjing kelab dari London itu.

Bahkan penyokong mereka sendiri juga turut sama kecewa dengan persembahan skuad kendalian Mikel Arteta itu dan merasakan The Gunners terlalu dungu untuk melepaskan gelaran liga yang sepertinya sudah hampir pasti menjadi milik mereka.

Seri bertemu pasukan dasar liga menyebabkan penyokong semakin tidak boleh menerima kenyataan dan mereka kini sepertinya sudah pasrah bakal terlepas gelaran Premier League musim ini.

“Arsenal keciciran mata dari tiga perlawanan secara berturut-turut. Benda sia-sia yang mereka lakukan ini sungguh menakjubkan.”

“Sampah yang sama setiap musim, tapi kali ini lebih teruk sedikit, mereka bagi kita harapan kemudian mereka ranapkan harapan itu begitu sahaja.”

“Segala keterujaan kita hancur lebur dalam tempoh 12 hari ini, seri hanya dapat satu mata, tak jauh beza dengan kalah, kita buang berapa banyak mata dari tiga perlawanan ini?”

“Tahun lalu kita dipermainkan dengan mereka gagal akhiri saingan liga dikelompok empat teratas pada hujung musim, sekarang kita diberi harapan palsu untuk muncul juara tapi nampaknya hal itu semakin mustahil.”

“Kalau ada penyokong yang meraikan keputusan seri ini, saya tidak tahu apa yang mereka raikan. Selepas ini kita akan bertemu City dan andai kita kalah, musim kita sudah berakhir.”

“City ada kelebihan 2 perlawanan belum dimainkan dan kita hanya mengatasi mereka dengan kelebihan 5 mata, selepas ini jika kita tewas bertemu mereka, maka gelaran liga sudah tentu milik mereka.”

Arsenal kini hanya mengatasi Man City dengan kelebihan 5 mata sahaja dan The Citizen masih mempunyai kelebihan 2 perlawanan belum dimainkan.

Manchester City boleh dapat enam mata dari kedua-dua perlawanan itu dan mereka cuma perlu tewaskan Arsenal minggu hadapan untuk mencerahkan lagi kesempatan mahu menjuarai liga musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN