Peminat Anggap Maguire Punca Martial Cedera

Harry Maguire tidak dinafikan lagi sememangnya antara yang paling terkesan atas kekalahan 3-0 Manchester United di tangan Sevilla dalam aksi peringkat suku akhir saingan Europa League awal pagi tadi.

Selain dihentam kerana menjadi punca gawang gol Manchester United dibolosi, Maguire juga turut dipersalahkan sebagai punca Martial menderita kecederaan dalam perlawanan tersebut.

Beliau melalui malam yang sangat mendukacitakan dan jelas sekali sehingga ke detik ini, beliaulah yang paling teruk terkena tempias tersingkirnya Man United dari saingan Europa League.

Kemarin, salah seorang pengulas dari Arab Saudi telah menggelar Dayot Upamecano dengan gelaran Upamaguire, dan hal itu kerana pemain pertahanan itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat mengecewakan dalam perlawanan tersebut.

Hari ini, giliran Maguire sebenar pula yang turun beraksi, dan ternyata aksi yang beliau persembahkan lebih teruk dari aksi ‘Upamaguire’ ketika bertemu Manchester City.

Pemain centre back itu sememangnya sudah teruk menjadi mangsa kecaman peminat, dan ketika turun beraksi dalam perlawanan pada awal pagi tadi, beliau sepertinya masih dihantui oleh segala kecaman-kecaman itu.

Mungkin hal itu boleh menjadi alasan untuk ketua pasukan Man United itu gunakan atas persembahan beliau yang sungguh luar biasa hambar itu.

Ketika aksi leg pertama di Old Trafford, Manchester United terlebih dahulu sudah berjaya mendahului 2-0 sebelum Maguire dan Malacia meledak gol sendiri untuk ubah kedudukan menjadi 2-2.

Untuk aksi leg kedua di Ramon Sanchez, Maguire sekali lagi terlibat dengan insiden dungu yang menyebabkan gawang golnya dibolosi oleh lawan.

Aksi dungu Maguire dan De Gea telah memberi ruang kepada Sevilla untuk membuka tirai jaringan mereka dalam perlawanan tersebut.

Rata-rata peminat menyalahkan Maguire sebagai punca bolosnya gawang gol United, namun Neville sendiri pula merasakan yang De Gea juga turut sepatutnya dipersalahkan sebagai punca Sevilla peroleh gol pertama mereka.

Selain isu gol tersebut, peminat juga turut menyalahkan pemain pertahanan itu sebagai punca mengapa Martial mengalami kecederaan pada minit ke-54 dalam perlawanan tersebut.

Peminat merasakan Maguire menjadi punca selepas melihat kedua-dua pemain itu berlaga sesama sendiri sebelum bintang Perancis itu menderita masalah kecederaan.

Bercakap tentang persembahan Maguire dari aksi kedua-dua leg, peminat jelas sekali teruk menghentam pemain centre back itu dan sepertinya mereka sudah tidak mahu bintang England itu ada di Old Trafford lagi.

“Dia dapat jaringkan satu gol dan satu assists untuk pasukan lawan ketika bertemu kita dan dia juga cederakan Martial dalam perlawanan ini.”

“Semua orang yang kutuk Martial kerana terlalu mudah cedera, tolong lihat semula rakaman ulang ketika sepakan penjuru itu, Harry Maguire mendarat di atas ankle Martial, kamu tak boleh marah Martial atas hal itu, saya masih ingat Maguire hampir patahkan leher Pogba dulu.”

“Kamu semua tentu tidak terperanjat ketika tahu yang Maguire punca Martial cedera. Itu adalah hal yang memang biasa dia lakukan.”

“Selain bagi gol, bagi assists, dia juga tolong Sevilla untuk cederakan pemain kita, dosa apa yang kita buat untuk terima pemain seperti Maguire dalam kelab ini?”

Ia merupakan hari yang mengecewakan untuk seluruh kem Manchester United, tapi harus diakui juga Maguire antara yang mahu segera melupakan perlawanan ini kerana beliau yang paling teruk dihentam sebagai punca tersingkirnya Red Devils dari saingan Europa League musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN