VIDEO: Lihat Gol Senior Pertama Luqman Hakim Bersama Njardvik

Luqman Hakim gol senior pertama Njardvik FC

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin akhirnya meledak gol senior pertamanya bersama Njardvik FC dalam aksi awal pagi tadi.

Ia dihasilkan pemain yang dipinjam dari KV Kortrijk itu ketika membantu membenam KFA 4-1 dalam pusingan 32 Icelandic Football League Cup.

Walaupun dimasukkan sebagai pemain gantian, Luqman membuktikan sentuhannya tidak boleh dipandang mudah lawan apabila menanduk masuk hantaran lintang rakan sepasukan di penghujung perlawanan.

Kemenangan besar itu sekaligus membawa Luqman dan Njardvik ke peringkat suku akhir. Selain itu, ia juga merupakan kemenangan dan gol yang bermakna buat dirinya apabila bakal menyambut Aidilfitri pada esok.

Ini adalah penampilan keduanya di kejohanan tersebut bersama Njardvik.

Luqman memilih untuk berkelana ke Iceland selepas gagal mendapat minit permainan yang lebih bersama KV Kortrijk. Beliau banyak memanaskan bangku simpanan dan bermain bersama skuad B-21.

Pengarah bukan eksekutif KV Kortrijk, Amin Fuad pernah menyatakan pemain berusia 20 tahun itu menerima tawaran juara divisyen 3 di Iceland, Njardvik FC adalah disebabkan telah dijanjikan mendapat minit permainan.

Walaupun ia adalah kelab yang berada di divisyen kedua, kami dimaklumkan Luqman akan diberikan peluang untuk beraksi di dalam setiap perlawanan, sekali gus membenarkan diri untuk membuktikan sesuatu,” ujar Amin.

Sepanjang musim ini, Luqman hanya pernah melakukan satu penampilan bersama KV Kortrijk iaitu pada 22 Oktober lalu, apabila beliau dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit akhir permainan menentang Westerloo.

Ia tidak bermakna beliau tiada masa depan bersama kelab Belgium itu kerana turut dimaklumkan prestasinya di Njardvik sentiasa dipantau oleh barisan kejurulatihan Kortrijk  kerana prestasi baiknya bersama skuad B-21.

Gol pertamanya di peringkat senior ini dilihat turut diraikan oleh Amin dengan satu ciapan di laman Twitter, “Gol senior pertama Luqman secara rasmi di Eropah. Selamat Hari Raya @luqmansham10.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN