Adakah Kelantan Sekadar Tempat Zamsaham Luaskan Perniagaan Beliau?

Zamsaham

Ketika ini, nama Kelantan begitu hangat diperkata oleh penyokong bola sepak dek kerana kontroversi isu gaji dan beberapa peraturan yang dilihat seperti tidak memihak kepada pemain tetapi memberi keuntungan kepada satu pihak sahaja.

Menurut pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham jika pemain Kelantan inginkan gaji penuh, mereka harus memenangi beberapa perlawanan akan datang. Mungkin apa yang dilakukan oleh Zamsaham untuk memastikan pasukan sentiasa berada di prestasi terbaik namun bagaimana pula bagi kebajikan pemain?

Semua orang mengenali Zamsaham yang mempunyai beberapa perniagaan seperti hotel, burger, pasaran saham, hartanah dan banyak lagi.

Persoalannya, adakah Kelantan sekadar dijadikan tempat untuk beliau memperluaskan lagi perniagaannya? Sudah pasti perkara ini terdapat di dalam kontrak pemain menyebabkan mereka tidak boleh protes isu ini.

Untuk mendapatkan hasil yang positif, sebagai pemilik harus memainkan peranan yang proaktif dengan menyediakan fasiliti terbaik agar jurulatih dan barisan pengurusan dapat melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang.

Lihat sahaja contoh seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor yang menyediakan prasarana lengkap kepada pasukan demi mendapatkan sesuatu yang positif.

Kedua-dua pasukan ini begitu komited dalam membantu membangunkan taraf kelab masing-masing. Walaupun dengan cara tersendiri, namun nampak komitmen JDT dan Selangor dalam meningkatkan kualiti bola sepak mereka.

Dan itulah yang sepatutnya Zamsaham perlu lakukan. Sebelum ini, beliau pernah kongsikan lakaran kompleks latihan Kelantan. Adakah ianya akan menjadi satu realiti atau sekadar angan-angan sahaja?

Jika kita amati perjalanan Zamsaham sejak mengambil alih pasukan Kelantan, beliau seperti memberi lebih tumpuan kepada perniagaannya. Zamsaham ingin jadikan Kelantan sekurang-kurangnya separuh daripada apa yang kita nampak pada jadi JDT hari ini namun begitu, ia seperti manifesto kepada penyokong sahaja.

Adakah perkara ini satu kesalahan? Dari satu sudut positif ia tidak salah kerana sebagai pemilik semestinya harus memikirkan bagaimana untuk menjana kewangan buat pasukan.

Namun ia akan menjadi salah jika memberi tumpuan lebih kepada perniagaan berbanding pasukan Kelantan.

Semua sedia maklum, The Red Warriors mempunyai penyokong yang sangat ramai dan mungkin ini salah satu sebab mengapa dirinya berminat memiliki Kelantan.

Selain isu gaji, pemilik berasal dari Johor ini juga terpalit dengan kontroversi campur tangan perancangan taktikal pasukan dan pemilihan pemain yang mana perlu diturunkan.

Jika perkara ini terus terjadi, pasukan dari Pantai Timur ini mungkin akan sukar bersaing bersama kelab besar apatah lagi hendak menyediakan infrastruktur terbaik buat kelab.

Nak menang piala? Jangan mimpilah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN