Liverpool Sedia Cipta Kejutan Untuk Dapatkan Pemain Tengah Kebangsaan England

Liverpool pada musim ini menjadi salah satu pasukan yang mempunyai masalah di bahagian tengah sehingga ia memberi kesan kepada prestasi mereka dalam setiap perlawanan diharungi.

Walaupun begitu, masalah tersebut dilihat kian dapat diatasi dengan pasukan tersebut berjaya mencatat kemenangan terbaharu 3-0 mengatasi Leicester City.

Apapun, jika musim hadapan Liverpool masih belum dapat menandatangani mana-mana pemain tengah berpotensi, pasukan tersebut mungkin sekali lagi bakal menghadapi kesukaran ketika saingan sedang berlangsung.

Disebabkan itu, pasukan tersebut kini mula menyasarkan beberapa nama pemain baharu untuk direkrut bagi memperkuatkan kembali posisi tengah Liverpool pada musim akan datang.

Antara nama pemain yang sebelum ini berada dalam sasaran mereka terarah kepada bintang muda England iaitu Jude Bellingham dengan ianya sangat diminati oleh Jurgen Klopp.

Namun, disebabkan nilai perpindahan Bellingham yang dianggap sangat mahal menyebabkan Liverpool menarik diri untuk cuba membuat bidaan kepada pemain tersebut.

Terkini, Liverpool dilaporkan bakal mengambil tindakan drastik untuk cuba menandatangani khidmat pemain tengah menyerang Leicester City iaitu James Maddison.

Lebih menarik, ianya juga akan menjadi perlumbaan buat Liverpool bersama kelab-kelab lain yang turut menyimpan minat untuk mendapatkan pemain tersebut pada musim hadapan menerusi laporan dikeluarkan oleh Sportbible.

Antara kelab yang menunjukkan rasa minat kepada situasi semasa Maddison ialah Newcastle United, Arsenal, dan Tottenham Hotspur ketika ini mula memantau situasi semasa pemain kebangsaan England tersebut.

Maddison sebelum ini dilaporkan jelas mahu meninggalkan Leicester pada musim hadapan dan ingin bersama kelab baharu untuk menaikkan lagi karier beliau dalam dunia bola sepak profesional.

Menerusi konsistensi beliau bersama Leicester musim ini yang sangat berpengaruh di posisi serangan kelab, maka tidak hairan nama beliau bakal menjadi tumpuan penting kebanyakan kelab menjelang sesi perpindahan pemain akan datang.

Daripada 27 perlawanan dihadapi oleh Maddison musim ini bersama Leicester dalam saingan liga, pemain berusia 26 tahun ini telah pun meledak 10 gol bersama sembilan bantuan jaringan untuk menunjukkan betapa aktifnya beliau di bahagian serangan.

Ciri-ciri yang dimiliki oleh Maddison itulah yang menyebabkan pemain tersebut kini dipantau oleh kebanyakan kelab lain serta menarik perhatian Klopp untuk memenuhi kelemahan pasukan beliau musim ini.

Nama pemain tengah seperti James Milner, Alex Oxlade Chamberlain, serta Naby Keita antara yang tidak akan bersama pasukan tersebut musim hadapan.

Selain menawarkan kreativiti serta ketajaman di posisi serangan, pengalaman Maddison yang sudah terbiasa dalam saingan English Premier League (EPL) juga bakal memudahkan Klopp untuk mencorakkan taktikal pasukan musim hadapan.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN