Para peminat terkejut beruk melihat kereta yang dipandu oleh bintang Newcastle United, Dan Burn dengan mereka turut mempersoalkan bagaimana pemain tinggi lampai itu boleh memandu kereta tersebut.
Dan Burn merupakan antara pemain tertinggi dalam skuad Newcastle dengan beliau mempunyai ketinggian 6 kaki 6 inci.
Pemain berusia 30 tahun itu tidak dinafikan lagi sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini.
NEVER EVER BEAT DAN BURN 🏴🏴#NUFC pic.twitter.com/MzPrPdsvIX
— Adam Pearson (YT) ⚫️⚪️ (@AdamP1242) December 31, 2022
Sejak beliau ditandatangani oleh The Magpies pada jendela perpindahan Januari tahun lalu, Dan Burn berjaya menjadi antara pemain paling berprestasi dalam saingan Premier League.
Beliau merupakan antara individu terpenting dalam sistem kendalian Eddie Howe dengan Dan Burn sudah membuat 16 penampilan dalam saingan Premier League sepanjang musim ini.
Dan Burn juga turut memainkan peranan penting dalam membantu Newcastle untuk bersaing merebut kedudukan empat teratas dan memburu slot ke saingan Champions League musim hadapan.
Walaupun sedang beraksi bersama kelab terkaya dalam dunia bola sepak, Dan Burn sepertinya tetap merendah diri dan memilih untuk hidup dalam keadaan bersederhana sahaja.
Fans have been left shocked after discovering the car Dan Burn drives – bear in mind he's 6-foot-6 😅 pic.twitter.com/5Yn1A7BI7S
— SPORTbible (@sportbible) December 31, 2022
Hal itu terbukti selepas peminat melihat kereta yang dipandu oleh Dan Burn dan ia jelas membuktikan beliau seorang yang sangat merendah diri.
Beliau bahkan turut terpaksa merendahkan dirinya serendah-rendahnya untuk naik ke kereta yang beliau pandu.
Mengapa hal itu terjadi? ia kerana Dan Burn dilihat hanya memandu smart car sahaja untuk ke pusat latihan.
Ya, smart car adalah kereta yang dipandu oleh pemain berketinggian 6 kaki 6 inci itu.
Tular di media sosial gambar Dan Burn sedang melayan peminat dengan beliau ketika itu masih lagi dalam kereta kecilnya itu.
What a guy Dan burn is man 😂 pic.twitter.com/sTkUjv3MUS
— Jake Haley ◼️◻️ (@jakehaley21) December 31, 2022
Ya, macam ikan tongkol seberat 10kg diletakkan di dalam tin sardin cap ayam, begitulah situasi Dan Burn di dalam kereta tersebut.
“Saya betul-betul tak faham macam mana dia boleh masuk dalam kereta itu? saya lebih rendah dari dia dan saya sendiri tak boleh naik kereta itu.”
“Adakah dia sedang didenda? kalau tidak bagaimana dia boleh bawa kereta itu? atau adakah ini sebahagian dari sesi latihan dia?”
“Ryan Fraser sepatutnya naik kereta ni dan berikan Hummer dia kepada Dan Burn.”
“Adakah dia pandu kereta itu kerana minat? kalau minat kenapa perlu siksa diri?”
You’ll never ever beat Dan Burn https://t.co/O48cumjg95
— Ethan Lowery (@EthanLowery) December 28, 2022
Dan Burn mungkin memiliki banyak lagi kereta peribadi miliknya dan mungkin saja beliau memandu smart car itu kerana minat.