Kapten Filipina Anggap Indonesia Sebagai Negara Bola Sepak Yang Luar Biasa

Kapten berpengaruh Filipina, Stephan Schrock menganggap Indonesia sebagai salah satu negara yang mempunyai pengaruh luar biasa dalam bola sepak ketika ini, selepas melihat prestasi semasa pasukan tersebut.

Filipina akan membuat perhitungan seterusnya dalam peringkat Kumpulan A bersama Indonesia pada Isnin ini dalam misi mereka untuk cuba meraih kemenangan.

Walaupun begitu, Schrock menyifatkan pertemuan mereka bersama Indonesia sebagai sesuatu yang sukar untuk untuk dihadapi kerana mereka masih segar dengan kekalahan 0-4 di tangan Thailand.

Untuk pertemuan seterusnya berdepan Indonesia, Schrock tidak menafikan kekuatan yang ada pada Indonesia dan menganggap sebagai antara terbaik ketika ini di Asia Tenggara.

Malah, pemain tengah berusia 36 tahun itu juga menyifatkan Indonesia sebagai sebuah negara yang sangat luar biasa mencintai sukan bola sepak.

“Ketika kami menang, tak semua yang dilihat adalah baik-baik sahaja. Begitu juga waktu kami tewas, adakala sesuatu yang positif berjaya ditampilkan juga.

“Waktu ini, ia bukan detik yang baik untuk para penyokong The Azkals, tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk tampil dengan baik demi pasukan negara.

“Sudah tentu ini merupakan salah satu perlawanan sangat besar buat kami bila menentang pasukan yang mempunyai yang lur biasa dalam sukan bola sepak.

“Sokongan padu yang mereka dapat daripada para penyokong juga sangat luar biasa, sudah tentu kedua para penyokong saling menantikan perlawanan tersebut,” jelas Schrock menerusi CNN Indonesia.

Filipina tampil dengan sangat hambar untuk saingan Piala AFF kali ini selepas mereka dikejutkan dengan kekalahan pada aksi sulung sewaktu berdepan Kemboja.

Tanpa beberapa tonggak utama, Filipina jelas mengalami kesukaran untuk mengekalkan konsistensi permainan di atas padang serta persefahaman sesama pemain tidak begitu baik.

Satu-satunya kemenangan yang diraih mereka ketika perlawanan menentang Brunei, selepas Filipina mencatat kemenangan 5-1 untuk meraih tiga mata pertama mereka.

Pasukan lawan iaitu Indonesia pula, mereka berjaya tampil sebagai salah satu pasukan pilihan kali ini, selepas unggul tanpa sebarang kekalahan dan mempamerkan aksi cukup bertenaga di segenap posisi.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN