5 Bintang Premier League Yang Menerima Gaji Terlalu Rendah Dan Tak Wajar

Premier League tidak dinafikan lagi sememangnya antara liga bola sepak paling kompetetif dan ia juga antara liga paling diminati oleh peminat seluruh dunia.

Dek kerana liga bola sepak Inggeris itu menjadi antara liga paling diminati, maka tidak hairanlah ia juga dianggap sebagai antara liga paling kaya dan mewah dalam dunia bola sepak.

Bintang-bintang yang beraksi dalam saingan Premier League juga merupakan antara pemain-pemain yang menerima gaji tertinggi dalam dunia bola sepak.

Walau bagaimanapun, masih ada sebenarnya pemain yang beraksi dalam saingan EPL dan menerima gaji yang sangat rendah.

Bukan hanya menerima gaji yang rendah, bahkan pemain-pemain ini dikatakan menerima pendapatan yang tak setimpal dengan apa yang mereka berikan kepada kelab masing-masing.

Dalam erti kata lain, pemain-pemain ini menerima gaji yang terlalu rendah tetapi memberi sumbangan yang sangat besar kepada kelab.

Berikut merupakan lima pemain yang menerima gaji yang sangat rendah dan tak setimpal dengan usaha serta sumbangan mereka.

1)  Moises Caicedo – Brighton – £3500 (Seminggu)

Moises Caicedo diturunkan untuk beraksi dalam semua perlawanan dalam saingan Premier League musim ini dan jelas sekali beliau merupakan individu terpenting dalam skuad Brighton.

https://twitter.com/TransfersExcl/status/1608508155977424896?s=20&t=wYI_b2rGKTXusivfUQoRAQ

Walau bagaimanapun, jumlah pendapatan yang beliau terima sebenarnya sangatlah tidak masuk akal dan tak setimpal dengan apa yang beliau sumbangkan.

Gaji beliau jauh lebih rendah berbanding pemain-pemain lain dalam skuad Brighton dan ia jelas sekali satu hal yang tidak adil untuk Caicedo.

Beliau walau bagaimanapun bakal mendapatkan kontrak baru dalam masa terdekat ini dan tentu sahaja pihak kelab akan memberi kenaikkan gaji kepada bintang Ecuador itu.

Namun begitu, Liverpool juga turut menyatakan minat mereka untuk mendapatkan khidmatnya dan mungkin saja musim ini bakal menjadi musim terakhir Caicedo bersama Brighton.

2) Brennan Johnson – Nottingham Forest –  £2308 (Seminggu)

Nottingham Forest merupakan antara pasukan yang paling aktif dalam pasaran pemain ketika jendela perpindahan musim panas baru-baru ini.

Mereka juga turut mendapatkan Lingard dari Manchester United dan menawarkan gaji yang sungguh luar biasa menakjubkan kepada bintang England itu.

Walau bagaimanapun, mereka sepertinya sedikit tidak adil kerana membayar bintang utama mereka dengan gaji yang sangat rendah.

Brennan Johnson merupakan antara pemain terpenting dalam skuad Nottingham Forest dan sepertinya beliau tidak dihargai sepertimana beliau menghargai kelab.

Johnson membuat 16 penampilan dalam saingan Premier League musim ini dan turut berjaya menjaringkan dua gol untuk Nottingham Forest.

Walau bagaimanapun, gaji yang beliau terima bersama kelab itu sepertinya langsung tidak setimpal dengan sumbangan beliau kepada kelab.

3) Sam Greenwood – Leeds United – £1346 (Seminggu)

Sam Greenwood merupakan pemain penyerang berusia 20 tahun itu merupakan produk akademi Leeds United dan beliau pada musim ini berjaya mendapat tempat dalam skuad utama.

Beliau berjaya membuat tujuh kemunculan dalam saingan Premier League dan apa yang menakjubkan adalah statistik yang beliau catatkan sepanjang tempoh tersebut.

Sam berjaya menjaringkan satu gol dan mencatatkan dua assists sepanjang tempoh tersebut dan jelas sekali ia bukan satu rekod yang mudah untuk dicapai oleh pemain muda seperti beliau.

Walaupun beliau pemain muda dan produk akademi kelab, namun sepertinya gaji yang beliau terima itu terlalu rendah dari yang sepatutnya.

4) Jaidon Anthony – Bournemouth – £769 (Seminggu)

Jaidon Anthony menerima gaji kurang dari £1000 seminggu dan beliau merupakan antara penerima gaji terendah kelab.

Beliau bukanlah pemain simpanan dalam skuad Bournemouth pada ketika ini, sebaliknya Jaidon Anthony sebenarnya merupakan antara pemain terpenting skuad.

Bintang berusia 23 tahun itu telah membuat 11 penampilan dalam saingan Premier League musim ini dan beliau turut berjaya menjaringkan dua gol sepanjang tempoh tersebut.

Jaidon jelas sekali memberi impak yang sungguh menakjubkan untuk kelab, namun pulangan yang beliau terima sepertinya agak tidak setimpal dengan apa yang beliau telah sumbangkan.

5) Jordan Zemura – Bournemouth – £385 (Seminggu)

Jordan Zemura merupakan seorang lagi bintang Bournemouth yang menerima gaji yang terlalu rendah namun mempunyai sumbangan yang sangat besar untuk kelab.

Bintang berusia 23 tahun itu telah membuat 12 kemunculan dalam saingan Premier League musim ini dan beliau turut berjaya mencatatkan satu assists.

Melihatkan kepada kekerapan beliau dimainkan, jelas sekali yang Zemura antara pemain terpenting dalam skuad Bournemouth pada ketika ini.

Namun melihat kepada gaji yang beliau terima, sepertinya beliau antara pemain paling tak menyumbang dalam skuad.

Beliau berhak mendapat kenaikkan gaji kerana beliau merupakan antara pemain terpenting skuad.

Ramai lagi pemain-pemain dalam saingan Premier League yang menerima gaji rendah serta tak setimpal dengan sumbangan mereka untuk kelab, namun lima pemain ini adalah yang paling teruk berbanding yang lain.

Kesemua mereka berhak mendapat kenaikkan gaji dan kontrak baru daripada kelab masing-masing.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN