Cody Gakpo: “Saya Sertai Liverpool Kerana Virgil van Dijk”

Pemain baharu Liverpool, Cody Gakpo mengatakan yang perpindahan beliau ke kelab itu adalah disebabkan pengaruh yang dimainkan oleh Virgil van Dijk.

Gakpo yang mengesahkan perpindahan ke Liverpool dari PSV Eindhoven, menyertai The Reds dengan nilai perpindahan £35 juta (RM186 juta) untuk menjadikan beliau sebagai rekrut musim sejuk pertama kelab Inggeris itu.

Perpindahan itu juga dilihat signifikan selepas Gakpo sebelum ini sering kali dikaitkan dengan Manchester United sebaliknya pemain Belanda ini memilih untuk bersama dengan seteru juara 20 kali Premier League itu.

Menurut Gakpo, beliau tidak menolak faktor Van Dijk memainkan peranan penting kenapa beliau memilih untuk menyertai Liverpool berbanding United.

“Sememangnya, kerana beliau adalah kapten kami [di skuad kebangsaan] dan mempunyai personaliti yang hebat serta pemain yang mantap.

“Apa yang saya boleh katakan, beliau banyak membantu dalam beberapa perkara. Tetapi, kelab ini sendiri adalah sebuah kelab yang besar dan ini adalah pencapaian yang cukup baik buat saya apabila ada kelab sebegini minat kepada saya,” kata Gakpo menerusi laman rasmi Liverpool.

Perpindahan Gakpo ke Liverpool adalah sama seperti yang berlaku pada Van Dijk apabila kedua-dua pemain kebangsaan Belanda ini berhijrah ke Anfield pada pertengahan musim.

Gakpo yang sebelum ini belum pernah merasakan aksi di Anfield walaupun sebagai pemain lawan berhajat untuk membawa pulang sebanyak boleh kejuaraan untuk kelab itu walaupun menyertai mereka pada pertengahan musim.

“Semestinya saya mahu menang sebanyak boleh hadiah sebagai pasukan, beraksi dengan baik, tunjukkan kepada dunia apa yang kami boleh lakukan sebagai pasukan dan apa yang saya boleh beri sebagai pemain.

“Secara peribadi pula, saya mahu menjadi pemain yang lebih baik dan terus maju dari musim ke musim,” ujar Gakpo.

Gakpo bakal menyarung jersi nombor 18 yang sebelum ini pernah dipakai oleh Takumi Minamino.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN