Erling Haaland Cipta Sejarah Baru Dalam Saingan EPL Selepas Ledak 2 Gol Bertemu Leeds

Erling Haaland kini sudah berjaya menjaringkan 20 gol dalam saingan Premier League selepas hanya membuat 14 penampilan bersama Manchester City.

Ia merupakan satu lagi sejarah baru yang dicipta oleh bintang Norway itu dengan beliau kini merupakan pemain terpantas meledak 20 gol dalam saingan Premier League.

Mesin peledak gol Man City itu berjaya menjaringkan dua gol ketika membantu The Citizens menewaskan Leeds United awal pagi tadi.

Kedua-dua gol jaringan beliau itu merupakan gol hasil bantuan bintang England, Jack Grealish.

Haaland kini sudah berjaya menjaringkan 26 gol dari semua pertandingan dan sudah banyak rekod-rekod baru yang dicipta oleh bekas bintang Borussia Dortmund itu.

Pemain penyerang itu berjaya menjaringkan 20 gol dari 14 perlawanan dalam saingan Premier League dan ia merupakan rekod baru dalam saingan liga bola sepak Inggeris.

Beliau berjaya menjadi pemain terpantas menjaringkan 20 gol dalam saingan Premier League, mengatasi pemain seperti Kevin Phillips, Fernando Torres, Alan Shearer, Ruud van Nistelrooy, Sergio Aguero, Thierry Henry, Diego Costa dan Harry Kane.

Phillips merupakan pemegang rekod tersebut sebelum ini dengan beliau menjaringkan 20 gol dari 21 perlawanan dalam saingan Premier League.

Melihat Haaland hanya memerlukan 14 penampilan sahaja untuk memecahkan rekod tersebut, maka tidak akan mengejutkan sama sekali andai beliau bakal memecahkan banyak lagi rekod pada musim ini.

Haaland berpotensi untuk memecahkan rekod gol terbanyak semusim dalam saingan Premier League dan jelas sekali beliau berada di landasan terbaik untuk melakukan hal tersebut.

Rekod penjaring terbanyak semusim sebelum ini dipegang oleh Alan Shearer yang berjaya menjaringkan 34 gol untuk Blackburn Rovers pada musim 1994/95.

Shearer ketika itu menjaringkan 34 gol dari 42 perlawanan, sementara Haaland perlu memecahkan rekod tersebut dengan beraksi sebanyak 38 perlawanan sahaja.

Walau kini bukan lagi 42 perlawanan semusim, namun melihat kepada prestasi semasa dan pencapaian Haaland pada ketika ini, tidak mustahil untuk beliau memecahkan rekod itu pada penghujung musim nanti.

Pada tahun 2022, Haaland sudah berjaya menjaringkan 45 gol dari 42 perlawanan secara keseluruhannya dan tidak ragu-ragu lagi beliau bakal melakukan lebih baik pada tahun 2023 nanti.

Haaland selepas ini akan memimpin jentera serangan Man City untuk turun beraksi bertemu Everton di Etihad pada hujung minggu nanti.

Selepas 15 perlawanan, Man City kini hanya lima mata sahaja dibelakang Arsenal yang sedang mendahului puncak saingan Premier League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN