Selepas meraih promosi ke League Two, pemilik bersama Wrexham, Rob McElhenney cuba meyakinkan Gareth Bale kembali daripada persaraan.
Bale sebelum itu dilihat menyampaikan ucapan tahniah atas kejayaan Wrexham dan McElhenney membalas ciapan dengan mengajaknya bermain golf sambil berkata, ia bukan semata-mata hanya untuk ‘memujuknya’.
“Hey @GarethBale11, jom main golf, di mana saya tidak akan menghabiskan empat jam untuk meyakinkan anda untuk kembali daripada persaraan bagi musim terakhir yang penuh keajaiban,” ciap McElhenney kepada Bale.
Hey @GarethBale11 let’s play golf, where I totally won’t spend 4 hours trying to convince you to un-retire for one last magical season 🏴 🏴 🏴 🏴 ❤️ pic.twitter.com/FZgXZbM4zx
— Rob McElhenney (@RMcElhenney) April 25, 2023
Sebelum itu, Bale menerusi ciapan video mengucapkan tahniah kepada kelab yang berpangkalan di Wales itu apabila berjaya meraih promosi.
Semua pemerhati melihat tindakan McElhenney itu sebenarnya mempunyai niat untuk membawa bekas bintang skuad kebangsaan Wales itu ke sana.
Malah, para penyokong Wrexham turut memenuhi ruang komen dengan cubaan yang hampir sama dengan McElhenney, memujuknya kembali.
Bale tanpa segan silu membalas semula ciapan pemilik Wrexham itu dengan kenyataan menarik, “Bergantunglah juga pada lapangannya [golf].”
Beliau bersama rakannya, Ryan Reynolds tidak pernah ‘kedekut’ dalam berbelanja untuk mengukuhkan pasukan dengan perbelanjaan dan pelaburan. Jadi tidak mustahil mereka memiliki dana untuk memujuknya.
— Gareth Bale (@GarethBale11) January 9, 2023
Bale bersara pada Januari lalu pada usia 33 tahun dan sebenarnya masih mampu untuk beraksi selama beberapa musim lagi secara kompetitif. Mungkin saingan di League Two sesuai dengan usianya ketika ini.
Selepas tiga bulan bersara, beliau dilihat menghabiskan masanya dengan bermain golf yang diketahui merupakan cabang sukan lain diminatinya.
Begitupun, Bale tidak pernah dalam kariernya bermain bersama pasukan di divisyen bawahan dan situasi ini dilihat seperti ‘jauh panggang dari api’.
Dalam sejarah bola sepak, berikut beberapa pemain yang pernah kembali daripada persaraan. Adakah Bale juga berpotensi untuk melakukannya?
Denilson (Ibis Sport Club)
Pemain sayap yang pernah menjadi pemain termahal di dunia itu kembali daripada persaraan tahun lalu apabila mengikat kontrak bersama kelab liga bawahan di Brazil, Ibis Sport Club selepas 12 tahun menggantung butnya.
Denilson meraih 61 kaps bersama Brazil di antara tahun 1996 hingga 2003 dan berjaya menjulang Piala Dunia edisi 2002 di Korea Selatan dan Jepun.
Petr Cech won 15 trophies and kept 228 clean sheets for Chelsea from 2004 to 2015.
He retired from football in 2019.
He’s been included in Chelsea’s 2020/21 Premier League squad 🤯 pic.twitter.com/y0tJiICfbD
— B/R Football (@brfootball) October 20, 2020
Petr Cech (Chelsea)
Lagenda Chelsea itu bersara sepenuhnya pada penghujung musim 2018/19 disebabkan kecederaan selepas empat musim bersama Arsenal. Malah, posisinya juga telah diambil alih oleh penjaga gol baharu, Bernd Leno.
Begitupun, cara beliau kembali agak unik apabila langsung tidak diturunkan beraksi – hanya berlaku di atas kertas sahaja. Cech ketika itu merupakan penasihat teknikal dan prestasi di Chelsea telah didaftarkan untuk senarai 25 pemain musim 2020/21 sebagai pilihan jika berlaku ‘kecemasan’.
Paul Scholes (Man United)
Selepas enam bulan bersara, Scholes mengambil keputusan untuk kembali menyarung jersi Man United pada 2012. Menariknya, tiada sesiapa di dalam pasukan tahu tentangnya sehingga melihat jersinya di bilik persalinan.
Beliau bermain 21 perlawanan pada musim tersebut dan menyambung aksinya pada musim seterusnya, membantu mereka menjulang kejuaraan.
#OnThisDay, in 2011: Paul Scholes retired from football.
He went on to win an 11th Premier League title in 2013 🤔🤣#mufc pic.twitter.com/O0DzmlI4nd
— Match of the Day (@BBCMOTD) May 31, 2018
Arjen Robben (FC Groningen)
Atas sebab mahu membantu kelab lamanya pasca Covid-19, Robben ambil keputusan kembali daripada persaraan. Bersara pada Julai 2019, beliau akhirnya kembali semula apabila menyertai FC Groningen pada Jun 2020.
Begitupun, atas faktor kecederaan dan usianya, beliau hanya sempat tampil bermain sebanyak enam kali sebelum kembali bersara buat kali keduanya.
Jens Lehmann (Arsenal)
Semusim selepas menggantung sarung tangannya, Lehmann kembali bermain bersama Arsenal pada 2011. Ia berpunca daripada masalah ‘The Gunners’ di posisi tersebut dan bekas pengurus, Arsene Wenger terpaksa membawanya masuk sebagai pilihan kedua di belakang Manuel Almunia.
Pada usia 42 tahun, beliau diturunkan semula selepas Almunia mengalami kecederaan untuk aksi bertemu Blackpool. Itu adalah satu-satunya aksinya pada musim itu dan merupakan penampilan yang ke-200 bersama Arsenal.