Vidic Dedah Alasan Mengapa Maguire Tak Sesuai Jadi Kapten Man United

Nemanja Vidic mendedahkan tentang mengapa beliau merasakan yang Harry Maguire sebenarnya tak begitu sesuai menjadi ketua pasukan dan sepertinya pandangan legenda kelab itu dipersetujui ramai.

Vidic merupakan bekas ketua pasukan Manchester United dengan beliau juga turut dianggap sebagai antara pemain centre back terhebat dalam sejarah saingan Premier League.

Ketika Man United menandatangani Harry Maguire dengan yuran perpindahan memecah rekod, jelas sekali ramai peminat yang berharap agar bintang England itu akan mampu menjadi pengganti Vidic.

Walau bagaimanapun, dari awal beliau ditandatangani oleh kelab, Maguire sepertinya tak pernah berjaya untuk mengisi kekosongan itu dan sebaliknya beliau dianggap sebagai pertahanan paling teruk dalam sejarah kelab.

Walau beliau dilantik sebagai ketua pasukan, namun sepertinya Maguire sering dihentam oleh pelbagai pihak dan rata-rata dari mereka menegaskan beliau tidak layak untuk memakai lilitan itu.

Vidic baru-baru ini telah diundang ke Podcast yang dikelolakan oleh bekas rakan sepasukannya, Rio Ferdinand dengan beliau telah berkongsi begitu banyak cerita menarik dalam rancangan tersebut.

Selain berkongsi kisah-kisah menarik yang peminat mungkin tidak tahu, Vidic turut memberi pandangan beliau terhadap skuad Red Devils pada ketika ini.

Ketika ditanya tentang ciri-ciri seorang ketua pasukan, Vidic tidak teragak-agak menjadikan Maguire sebagai contoh dengan beliau turut memberi pandangan tentang apa kekurangan bintang England itu untuk mengetuai skuad The Red Devils.

“Saya tak fikir sekarang atau bahkan dahulu ketika saya masih bermain untuk United, yang mana disiplin itu memerlukan seseorang untuk keluar dan berteriak, kamu dapat kreadibiliti itu dari cara kamu bermain, jika kamu bermain dengan bagus.”

Vidic kemudiannya mendedahkan yang Maguire mungkin tak sesuai menjadi kapten United kini atau tidak mendapat penghormatan selayaknya kerana beliau sendiri tidak bermain dengan baik.

Seandainya beliau mahu dirinya dianggap ketua pasukan sebenar, Vidic menasihati Maguire supaya menjadi contoh lebih baik dan perbaiki persembahannya.

“Dan saya rasa itu jelas  sekali yang Maguire ada masalah dan mungkin ia kerana dia tidak bermain dengan baik. Dan jika kamu tidak bermain dengan baik, agak sukar sebenarnya untuk bercakap dengan seseorang tentang apa dia perlu lakukan.”

Vidic kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:

“Dan agak sukar untuk kekalkan rasa hormat itu, ia bukan sesuatu yang menindas Maguire kerana saya sebut dia sekarang, tapi pada umumnya ia tentang semua kapten, mereka perlu jadi yang pertama di sana perlu tunjukkan contoh, perlu bermain dengan baik, perlu berlari, perlu berjuang untuk kelab dan kemudian semua orang akan ikut.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN