Declan Rice ‘Pasti’ Akan Sertai Arsenal Pada Musim Panas Ini

Legenda Arsenal, Ray Parlour percaya yang pemain midfield West Ham, Declan Rice sudah tentu akan menyertai Arsenal pada jendela perpindahan musim panas ini nanti.

Declan Rice sebelum ini hangat dikaitkan dengan bakal menyertai Arsenal dengan The Times turut melaporkan yang bintang England itu merupakan pemain sasaran utama Gunners pada jendela perpindahan tidak lama lagi.

Beraksi di pentas saingan Champions League jelas sekali bakal menjadi faktor terpenting tentang mengapa Rice bakal mempertimbangkan untuk menyertai Gunners.

Hal ini kerana Arsenal pada musim hadapan akan sangat berpotensi untuk layak ke saingan Champions League buat pertama kali sejak 2017 yang lalu.

Dan memandangkan pesaing utama mereka dalam perebutan untuk mendapatkan Rice, Chelsea kini sedang berpotensi untuk tak layak ke pentas Eropah, maka sepertinya lebih cerah peluang untuk Gunners mendapatkan pemain midfield itu.

Penyampai Sky Germany, Florian Plettenberg pada bulan lalu ada mendakwa yang Chelsea sedang dalam usaha mereka untuk memastikan Rice kembali ke Stamford Bridge pada musim panas nanti.

Tambahan pula, seandainya Mauricio Pochettino dilantik menjadi pengurus kelab, beliau juga sangat berharap agar pihak kelab akan berusaha untuk mendapatkan khidmat bintang England itu.

Pochettino sememangnya sangat berminat untuk mendapatkan khidmat bintang West Ham itu dengan beliau sudah cuba untuk menandatangani bintang England itu ketika masih menjadi pengurus Tottenham Hotspur.

Parlour sementara itu percaya yang Rice bakal memilih untuk menyertai Arsenal pada musim panas ini berbanding Chelsea.

Bercakap di dalam podcast seorang lagi legenda Arsenal, David Seaman, juara tiga kali gelaran Premier League itu menyatakan bahawa:

“Dia sudah tentu akan bersama Arsenal tahun hadapan!”

Penyokong Arsenal sendiri juga sangat yakin dan percaya Rice akan ke Emirates selepas mereka melihat pemain midfield itu mendapatkan tandatangan Martin Odegaard.

Ketika tamat aksi terikat 2-2 Arsenal bertemu West Ham sebelum ini, Rice dilihat membawa jersi home Arsenal bersamanya untuk bertemu Odegaard dan beliau turut meminta tandatangan bintang Norway itu.

Melihat hal tersebut, peminat semakin yakin yang beliau sudah berminat untuk sertai Arsenal dan mungkin akan ke Emirates pada musim panas ini.

Arsenal pada awal pagi nanti akan turun beraksi bertemu Manchester City dan perlawanan tersebut dianggap penentu siapa juara saingan Premier League musim ini.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu perlu menang andai mereka mahu bergelar juara, dan andai tewas, sepertinya agak sukar untuk mereka membawa pulang Piala liga musim ini ke Emirates.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN