Arjen Robben: Saya Kembali Bukan Untuk Lariskan Jualan Pas Bermusim

Arjen Robben

Pemain sayap berpengalaman, Arjen Robben menegaskan dirinya mampu untuk memberikan impak positif dalam saingan Eredivisie musim ini selepas beliau memilih untuk kembali daripada persaraan dengan menyertai FC Groningen.

FC Groningen bukanlah asing bagi Robben kerana beliau merupakan lepasan akademi kelab tersebut dan turut pernah beraksi bersama skuad utama selama dua musim [2000/01 & 2001/02] sebelum berhijrah ke PSV.

Sehubungan dengan itu, Robben yang kini berusia 36 tahun menyimpan hajat besar mahu beraksi dalam semua 34 perlawanan liga buat FC Groningen serta tidak mahu kehadirannya itu hanya menjadi sebagai faktor menarik lebih ramai penyokong membeli pas bermusim kelab.

15 bulan tanpa sebarang perlawanan, Robben telah diberikan peluang beraksi selama 30 minit pada perlawanan persahabatan menentang Almere City sebelum beliau digantikan dengan Ramon-Pascal Lundqvist.

”Sangat baik saya dapat kembali beraksi. Itulah apa yang anda lakukan,” ujar Robben menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Saya mahu membantu Groningen, tidak hanya untuk meningkatkan jualan pas bermusim atau jersi, tetapi juga [beraksi cemerlang] di dalam padang.”

”Saya telah menempuh satu perjalanan yang jauh dan saya masih jauh dari sana. Tetapi saya telah melakukan langkah yang baik dan setengah jam [beraksi] sangat bagus.”

”Ia cukup istimewa tetapi saya mahu memberikan fokus terhadap apa yang saya lakukan. Perkara paling utama adalah untuk mengekalkan kecergasan.”

”Kita akan lihat. Ia juga merupakan kombinasi dari tidak bermain bola sepak selama setahun dan juga usia. Saya perlu untuk berusaha pada ketika ini,” tambah Robben lagi.

Robben mengumumkan persaraan daripada kancah bola sepak pada penghujung musim 2018/19 selepas menikmati 10 musim yang gemilang bersama Bayern Munich.

Bagaimanapun, beliau memilih untuk kembali kerana ingin membantu Groningen berikutan tamparan dari segi kewangan yang dihadapi kelab tersebut susulan wabak COVID-19.

Kredit featured image: Cees van Hoogdalem/Soccrates/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Arjen Robben:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN