Botafogo Tawar Arjen Robben Untuk Keluar Daripada Persaraannya

Arjen Robben Bayern Munich 2019

Sebuah kelab Brazil, Botafogo membuat satu tindakan berani apabila menawarkan kontrak kepada lagenda Belanda, Arjen Robben untuk kembali daripada persaraannya.

Baru-baru ini, pemain sayap berusia 36 tahun itu ada menyatakan yang adakalanya beliau terasa seperti ingin kembali beraksi di padang selepas bersara pada penghujung musim lalu. Kelab terakhirnya merupakan gergasi Jerman, Bayern Munich.

“Mungkin saya ingin kembali beraksi untuk seketika,” ungkap pemain yang juga pernah beraksi di Chelsea, Real Madrid, PSV dan Groningen itu kepada ‘FC Bayern podcast‘.

Tidak mahu melepaskan peluang disamping mencuba nasib, Botafogo tampil menawarkan peluang kepada Arjen Robben untuk kembali bermain walaupun sedar yang tawaran mereka tidaklah lumayan seperti kelab-kelab lain mampu tawarkan.

Naib Presiden Botafogo, Ricardo Rotenberg memaklumkan yang pihaknya telah menghubungi pemain itu dan Arjen Robben jelas ‘gembira’ dengan tawaran mereka.

“[Arjen] Robben adalah idola saya dan beliau adalah seorang pemain yang sangat hebat. Ia adalah berisiko kerana beliau sudah agak lama tidak beraksi. Tetapi, saya tetap tampil membuat tawaran dan beliau telah memberikan jawapannya.

“Beliau ‘gembira’ dengan tawaran daripada pihak kami,” ujar Ricardo Rotenberg kepada sebuah rancangan bual bicara di laman Youtube, Canal do TF.

“Selain daripada beliau sudah lama tidak bermain, beliau juga mampu meraih empat kali ganda pendapatan di kelab-kelab lain,” tambahnya lagi mengenainya.

Sepanjang karier 19 tahunnya sebelum menggantungkan but, Arjen Robben telah memenangi 12 kejuaraan sepanjang beraksi di Belanda, England, Sepanyol dan Jerman. Lapan daripadanya adalah ketika di Jerman bersama-sama Bayern Munich.

Minat daripada Botafogo ini dilihat serius kerana pada penghujung Januari yang lalu, mereka telah membawa masuk lagenda Jepun, Keisuke Honda, yang juga merupakan pengurus dan jurulatih skuad kebangsaan Kemboja untuk menyertai mereka.

Adakah tawaran Botafogo ini akan berjaya membawa Arjen Robben kembali daripada persaraan? Jika ianya benar, mungkin beliau akan kembali walaupun terpaksa ke Brazil.

KREDIT FEATURED IMAGE: BUNDESLIGA.COM

Baca lagi artikel mengenai Arjen Robben:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN