Legenda Manchester United, Paul Scholes mengatakan terdapat enam pemain muda yang berpotensi tinggi yang boleh menjadi bintang hebat pasukan itu kelak.
Dalam temu bualnya bersama media rasmi kelab iaitu MUTV, Scholes berkata Bruno Fernandes, Anthony Martial, Marcus Rashford, Paul Pogba, Scott McTominay dan juga Brandon Williams.
Menurut Scholes, Ole Gunnar Solskjaer mempunyai masa depan yang cukup baik di Manchester United dengan jumlah pemain yang ada.
“Masa depan dilihat cerah, saya rasakan Ole Gunnar Solskjaer melakukannya dengan baik dan beliau mempunyai pasukan yang cukup menyerang.”
“Fikirkan yang kita ada pemain seperti Martial, Rashford, Fernandes, Pogba apabila pulih dan McTominay serta Williams yang begitu muda kini telah memasuki pasukan, ini adalah masa yang cukup mengujakan.”
Kata Scholes lagi, ianya cukup sukar untuk kekal dalam kesebelasan utama Manchester United dan mereka perlu beraksi pada tahap tertinggi setiap minggu.
“Apabila anda berjaya dapat jersi itu, anda perlu mengekalkanya dan beraksi baik sepanjang minggu.”
“Anda juga perlu pastikan yang pemain lain, pemain yang bagus di belakang anda sentiasa tertunggu untuk mendapatkan minit bermain dan tidak benarkan pengurus mengambil mereka kerana prestasi anda cukup bagus.”
Kata Scholes lagi, persaingan adalah cukup kuat di Manchester United dan ianya adalah perkara biasa di kelab itu.
Manchester United akan memulakan semula saingan Premier League mereka pada 19 Jun dengan berkunjung ke utara London menentang Tottenham Hotspur.