Paul Scholes Sudah Letih Asyik Dibandingkan Dengan Gerrard & Lampard

Paul Scholes

Legenda Manchester United, Paul Scholes mengakui yang beliau kini sudah bosan dan juga letih dengan perdebatan yang sering beliau dengar sejak dari zaman bermain hinggalah sekarang.

Menurut laporan Liverpool Echo, Scholes kini sudah letih untuk sering dibanding-bandingkan dengan dua lagi rakan beliau dalam skuad England dan juga pesaing di bahagian tengah iaitu Steven Gerrard dan Frank Lampard.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu untuk sebuah rancangan podcast terbitan BBC iaitu Savage Social.

“Sejujurnya, saya sudah letih mendengarkan perkara ini [perbandingan beliau dengan Gerrard & Lampard].”

“Namun begitu, saya tak boleh buat apa, semua orang ada pendapat masing-masing.”

Dalam siri tersebut, Scholes juga telah mengakui bahawa Gerrard dan Lampard adalah dua yang terbaik dalam perbandingan melibatkan tiga pemain tersebut.

“Semestinya, Steven Gerrard dan juga Frank Lampard.”

“Mereka berdua jelas pemain yang cukup mengagumkan, namun begitu cara mereka bermain amat berbeza.”

Apa yang diperkatakan oleh Scholes mengenai corak permainan kedua-dua pemain jelas ketara. Hal ini kerana, setiap kali Gerrard dan Lampard digandingkan bersama dalam skuad England ianya pasti tidak menghasilkan keputusan yang diharapkan.

Perdebatan siapakah pemain tengah terbaik antara tiga pemain ini masih lagi berlegar dalam dunia bola sepak walaupun kini Scholes, Gerrard dan Lampard telah bersara dan membawa haluan masing-masing.

Scholes menjadi penganalisis di BT Sport sementara Gerrard kini bersama Rangers sebagai pengurus dan Lampard kini mengemudi Chelsea.

Baca juga artikel kami mengenai Scholes:

Leave a Reply

Bacaan Yang Disyorkan Untuk Anda