FC Midtjylland Ajak Penyokong Mereka Tengok Bola Dari Dalam Kereta

FC Midtjylland

Kelab Denmark, FC Midtjylland telah mencipta satu inovasi baharu untuk mengatasi masalah penonton tidak boleh ke stadium kerana wabak Covid-19.

Mereka tampil dengan idea penyokong dibenarkan untuk ke stadium tetapi hanya menyaksikan perlawanan dari dalam kereta mereka di luar stadium menerusi layar gergasi.

Menariknya inisiatif ini turut membawa pemain di dalam stadium berasa dekat dengan penyokong kerana di dalam gelanggang turut dipasang skrin yang menayangkan penyokong yang berada di luar.

Menurut pengarah pemasaran FC Midtjylland, Preben Rokjaer, pihak kelab begitu komited dengan penyokong ketika waktu wabak Covid-19 dengan melakukan pelbagai perbincangan dengan mereka.

“Bila kami tak boleh nak bawa penyokong ke stadium, apakah idea lain yang boleh dilakukan?”

“Jadi kami rasakan idea terbaik adalah untuk membawa penyokong ke stadium tetapi menyaksikan perlawanan menerusi dari dalam kereta.”

Tambah Rokjaer, mereka menerima maklum balas yang positif daripada penyokong pasukan walaupun pada mulanya mereka menghadapi masalah di awal penggunaan kaedah tersebut.

“Kami ada masalah diawalnya tetapi kami berjaya menguruskannya dengan baik, penyokong ditempatkan di tempat yang betul.”

“Ada 2000 buah kereta dan terdapat 8000 penyokong pada satu-satu masa, semestinya akan ada masalah kerana ianya kali pertama kami berbuat demikian.”

Tindakan FC Midtjylland dilihat boleh menjadi idea kepada pasukan di luar sana untuk mendapatkan idea bagaimana hendak memastikan penyokong tetap masih bersama pasukan dalam waktu-waktu sukar sebegini.

Baca juga artikel kami mengenai bola sepak Eropah:

Leave a Reply

Bacaan Yang Disyorkan Untuk Anda