Federico Chiesa: Pemain Sayap Genius Rebutan Kelab Besar Eropah

Federico Chiesa

Tentunya sukar untuk Fiorentina mengekalkan Federico Chiesa di kelab itu selepas beberapa kelab gergasi Eropah seperti Juventus, Manchester United dan Paris Saint-Germain sudah pun menunjukkan minat untuk mendapatkan penyerang muda sensasi itu.

Bekas ketua jurulatih Itali, Cesare Prandelli pernah meramal pemain berusia 22 tahun itu bakal menjadi pemain sayap terbaik di Eropah kerana mempunyai kepintaran dalam corak permainannya.

Musim ini, Chiesa telah menjaringkan enam gol dan tiga bantuan jaringan dalam 23 penampilannya di Serie A, yang telah pun menyamai rekod jaringannya pada musim lepas dalam 37 penampilan.

https://twitter.com/MUFCunite/status/1251054493082550273?s=20

“Dia mesti bekerja keras untuk untuk ke arah itu. Saya bercakap mengenai peranannya. Dia mesti berusaha untuk memahami dengan lebih dalam mengenai taktikal di posisinya itu. Jika di mampu lakukan, dia akan menjadi pemain terbaik di Eropah,” kata Prandelli yang pernah menjadi pengurus Fiorentina pada 2005 hingga 2010.

Menyertai akademi Fiorentina pada usia 10 tahun dan proses pembangunan berjalan dengan baik dan telah diserap ke skuad utama pada musim 2016/17 dan membuat penampilan pertama ketika berusia 18 tahun. Musim tersebut beliau menjaringkan tiga gol dan dua bantuan jaringan.

Baru berusia 22 tahun, dengan usia yang muda dan serba boleh menjadikan ‘saham’ pemain ini semakin meningkat dan harga graduan akademi Fiorentina tersebut sudah tentu tidak murah dalam pasaran pemain pada musim panas akan datang.

Beliau juga telah mengumpul 17 penampilan dan satu gol untuk skuad kebangsaan Itali.

Sebagai pemain muda yang mahu meraih kejayaan, kini pilihan terletak di tangannya sama ada mahu terus ‘setia’ bersama Fiorentina atau ‘merantau’ ke mana-mana pasukan ternama lain bagi mengejar kejuaraan.

Pemilik Fiorentina, Rocco Comisso dalam kenyataannya yang disiarkan Bein Sports mengatakan, beliau terbuka untuk menjual Chiesa kepada mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkannya.

“Chiesa sendir perlu membuat keputusan, jika dia mahu keluar dari kelab ini, saya tidak akan berdiri menghalang laluannya. Tetapi harga untuk mendapatakannya perlulah setimpal,” kata Comisso.

Bagi pasukan-pasukan ‘gergasi’ di Eropah, tag harganya mungkin bernilai sehingga £80 juta, namun ianya tentu jumlah yang cukup berbaloi untuk dibayar bagi mendapatkan seorang pemain muda sehebatnya.

Baca juga atikel kami kami yang lain mengenai Federico Chiesa dan Fiorentina:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN