Memandangkan kebanyakan pasukan kini sedang mengalami kerugian besar akibat dari impak kewangan disebabkan pandemik COVID-19 yang sedang melanda di seluruh dunia.
Oleh yang demikian, pada musim panas akan datang terdapat pemain yang sudah kehabisan kontrak bersama pasukan masing-masing dan boleh dibawa masuk secara percuma. Ia adalah langkah paling mudah untuk menjimatkan kos.
Berikut adalah senarai pemain-pemain berprofil tinggi yang boleh membentuk ‘sebuah pasukan’.
1. Joe Hart (Burnley, 33)
Sebahagian pemain bola sepak akan berdepan dengan penurunan prestasi yang ketara seperti yang berlaku kepada bekas penjaga gol England ini.
Daripada penjaga gol utama skuad kebangsaan dan Manchester City, karier Hart semakin kelam selepas dipinjamkan ke Torino dan West Ham United sebelum dijual dengan ‘harga lelong’ ke Burnley.
https://twitter.com/JollofSports/status/1251894521832620032?s=20
Tetapi di Turf Moor beliau bukan lagi pilihan utama Sean Dyche dan kehilangan posisi nombor satu kepada Nick Pope.
2. Jan Vertonghen (Tottenham Hotspur, 33)
Gandingannya bersama Toby Alderweireld di Tottenham Hotspur selama hampir lima tahun tiba di penghujung tidak lama lagi selepas rakan sengeranya itu diperbaharui kontrak sebelum ini.
Mungkin pemergian Mauricio Pochettino adalah isyarat yang jelas untuk bekas pemain Ajax itu mengangkat kaki dari kelab utara London tersebut dan khabar angin paling kuat mengatakan beliau akan menyertai bekas rakan sepasukannya, Christian Eriksen di Enter Milan.
Jan Vertonghen Hints at Move to Spain or Italy as He Considers ‘Serious’ Contract Offers https://t.co/fRdz8qlG4q pic.twitter.com/RhN3W6p2MM
— Soccer Advice (@SoccerAdvicePro) April 24, 2020
3. Giorgio Chiellini (Juventus, 35)
Agak sukar untuk menerima kenyataan sekiranya pemain pertahanan tengah kental ini menyarung jersi pasukan lain selepas 15 tahun khidmatnya di Juventus bakal berakhir tidak lama lagi.
Masih tidak diketahui sama ada beliau masih mahu beraksi ataupun akan terus bersara pada musim panas nanti.
Walaupun usianya telah mencecah 35 tahun pada musim panas nanti, tidak bermakna Chiellini ini sudah kehilangan kualitinya.
Giorgio Chiellini will renew his contract with Juventus and when he retires, he'll join the Juventus management team. [CdS] pic.twitter.com/mtXONy8udu
— JuveFC (@juvefcdotcom) April 23, 2020
Lihat sahaja rekod pemain pertahanan dari Itali yang masih mampu beraksi dengan baik pada penghujung karier mereka seperti Fabio Cannavaro, Andre Barzagli dan Paulo Maldini.
4. Thomas Meunier (Paris Saint-Germain, 28)
Pemain pertahanan sisi yang versatil ini bakal menjadi ‘barang panas’ pada musim panas nanti dengan deretan kelab besar berlumba-lumba mahu mendapatkannya.
Raja ‘ejen bebas’, Juventus dikatakan mendahului usaha untuk membawa masuk Meunier dan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris juga masih menunjukkan minat yang tinggi termasuk Manchester United yang sedang mencari pengganti kepada Ashley Young.
"Spurs need another right back and Thomas Meunier would be a great addition to their squad. He is out of contract at PSG at the end of June and he will be one of the most sough-after players during the summer," (@SkyKaveh) pic.twitter.com/4uJXgfJQwl
— Lilywhite Rose (@Lilywhite_Rose) April 29, 2020
Agak menghairankan mengapa PSG tidak melanjutkan kontrak pemain antarabansa Belgium ini dengan Dani Alves juga telah meninggalkan Parc des Princes pada musim lepas.
5. Layvin Kurzawa (Paris Saint-Germain, 27)
Seorang lagi pemain PSG yang akan ‘dibebaskan’ tidak lama lagi adalah pemain pertahanan kiri Perancis ini walaupun pada bulan Januari lepas beliau hampir menyertai Arsenal sebelum proses rundingan gagal setelah kedua-dua pasukan tidak mencapai kata sepakat.
Media England melaporkan pemain berusia 27 tahun ini masih berpeluang untuk menyertai kelab London tersebut pada musim panas nanti.
Arsenal could miss out on key transfer target Layvin Kurzawa from Paris St-Germain. The French left-back, 27, was set to leave PSG on a free at the end of the season but his contract may now be extended.
— Soccer Bantz 🌣 (@SoccerBantzNG) April 18, 2020
(Sport) pic.twitter.com/UEdD3LRy9c
Tetapi melihat kepada senarai sedia ada, Arsenal sudah pun memilik Kieran Tierney, Sead Kolasinac dan pemain sayap muda, Bukayo Saka yang juga boleh beraksi di posisi bek kiri. Ini bermakna Kurzawa perlu mencari kelab lain.
6. Willian (Chelsea, 31)
Pemain sayap Brazil ini beraksi cemerlang di bawah kendalian Frank Lampard pada musim ini. Malah beliau juga sering dilihat sebagai seorang ketua di atas padang dan telah beberapa kali dipilih menjadi kapten pasukan.
Namun dengan usia 31 tahun, Chelsea mungkin mempunyai polisi mereka sendiri mengenai perkara tersebut. Malah beberapa pemain muda seperti Callum Hudson-Odoi dan Christian Pulisic juga semakin menyerlah.
Willian sensationally claims that moving to Arsenal or Tottenham ‘would be fine’ with Chelsea contract set to expire this summer https://t.co/UP0FJUnAPt pic.twitter.com/ByDFaksZ2u
— Joseph Ekwe (@Josephekwe_) May 2, 2020
Bagaimanapun ia bukanlah satu masalah buat Willian memandangkan beberapa kelab seperti Barcelona, Juventus dan kelab-kelab EPL yang lain bersedia untuk mendapatkannya apabila pintu perpindahan dibuka tidak lama lagi.
7. Mario Gotze (Borussia Dortmund, 27)
Sewaktu beliau muncul wira negaranya apabila menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan akhir Piala Dunia enam tahun lepas, tidak ada sesiapa yang menyangka pemain ini akan berdepan dengan masa depan yang tidak menentu pada hari ini.
Pernah dicanang sebagai ‘Messi Jerman’, karier Gotze sejak menyertai Bayern Munich tidak seperti yang diharapkan dan akhirnya kembali ke pangkuan Borussia Dortmund.
Mario Gotze has struggled for playing time at Borussia Dortmund this season, but his future could still lie with the German side.
— SoccerPulz (@SoccerPulz) April 26, 2020
Gotze's contract expires at the end of the season.#BVB pic.twitter.com/TuKJn44hYc
Bagaimanapun, penyakit metabolisme yang dihadapinya beberapa tahun lepas telah menyebabkan beliau bergelut untuk mencapai prestasi terbaiknya dan gagal untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan.
8. David Silva (Manchester City, 34)
Perancang tengah Sepanyol ini akan kekal diingati sebagai salah seorang pemain terbaik dan paling kreatif sejak memulakan kerjayanya di EPL sejak 10 tahun lepas.
Silva dilaporkan tidak lagi berminat untuk beraksi untuk mana-mana kelab besar di England dan Eropah. Ia telah menimbulkan minat beberapa kelab di Jepun dan Qatar untuk mendapatkan khidmatnya.
Manchester city midfielder David Silva, 34, is in talks with former club Valencia as his contract is set to expire on 30 June but the deal is complicated by the corona virus pandemic. pic.twitter.com/ztwuZksnWn
— Mame Ama Baaba (@Margaretmame) April 21, 2020
David Beckham juga dikatakan telah menghubunginya untuk memujuk bekas pemain Sepanyol itu menyertai Inter Miami di Major League Soccer (MLS).
9. Ryan Fraser (Bournemouth, 26)
Pemain sayap Scotland ini boleh dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik yang bukan dari enam kelab utama EPL dan telah beberapa kali dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal.
Musim lepas, Fraser merekodkan tujuh gol dan 14 bantuan jaringan, namun agak bergelut pada musim ini selepas berdepan dengan beberapa siri kecederaan.
https://twitter.com/alx_trnfmarkt/status/1256240733541093377?s=20
Baru berusia 26 tahun, Bournemouth dilaporkan masih berusaha untuk melanjutkan kontraknya. Namun dengan potensi yang dimiliki, beliau berpeluang untuk beraksi dengan beberapa kelab besar di Eropah.
10. Dries Mertens (Napoli, 32)
Penyerang antarabangsa Belgium ini akan menjadi pemain yang mendapat permintaan tinggi apabila menjadi ejen bebas pada musim panas akan datang.
Mertens hampir meninggalkan Napoli untuk menyertai kelab EPL pada Januari lepas. Beliau telah pun melepasi rekod 115 gol milik legenda Napoli, Diego Maradona di Stadio San Paolo
Walaupun sudah berusia 32 tahun, masih tiada sebarang tanda-tanda kariernya mengalami penurunan dan telah menjaringkan 12 gol dalam 29 perlawanan musim ini.
Newcastle willing to offer '£6.1m-a-year' contract to Napoli star Dries Mertens ⚫️⚪️ #NUFChttps://t.co/CpFzsF9SBC pic.twitter.com/CHTuThYZsr
— Daily Star Sport (@DailyStar_Sport) May 1, 2020
Atletico Madrid, Inter Milan, AC Milan, Juventus dan terbaharu Chelsea juga telah menunjukkan minat untuk mendapatkan Mertens.
11. Edinson Cavani (Paris Saint-Germain, 33)
Sekadar menjadi pilihan kedua di belakang Zlatan Ibrahimovic semasa tahun-tahun awalnya di PSG, Cavani akhirnya membuktikan keupayaannya pada musim 2016/17 dengan menjaringkan 49 gol dari 50 perlawanan.
Sehingga kini masih tiada tanda-tanda pemain antarabangsa Uruguay itu akan dikekalkan di Parc des Princes terutamanya selepas kehilangan tempat dan sekadar beraksi 14 perlawanan sahaja musim ini terutamanyan dengan kehadiran Kylian Mbappe dan Mauro Icardi.
Edinson Cavani is in talks with Atlético. The colchoneros want him to replace Diego Costa and have offered a 3-year contract to Cavani, who is free in July.💎
— supergooal.cm (@Supergooal1) April 30, 2020
Give us your opinion in comment 😎😎
all bets on https://t.co/FCR3Evm0st
we are the best ✌🏾✌🏾https://t.co/bEHKuCCSmM pic.twitter.com/6DlxSiOQ4X
Tetapi penjaring terbanyak PSG sepanjang zaman itu dengan 198 gol mungkin tiada masalah untuk menyertai mana-mana pasukan besar yang lain tidak lama lagi termasuk bekas kelabnya Napoli selepas kontraknya berakhir di kelab Perancis tersebut.
Simpanan
Thiago Silva (Paris Saint-Germain, 35)
Malang Sarr (Nice, 21)
Nathaniel Clyne (Liverpool, 29)
Pedro Rodriguez (Chelsea, 32)
Adam Lallana (Liverpool, 31)
Artem Dzyuba (Zenit St. Petersburg, 31)
Jose Callejon (Napoli, 33)
Kredit Foto: Getty Images